SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: M'sia lapor kematian harian tertinggi sebanyak 44 kes

Covid-19: M'sia lapor kematian harian tertinggi sebanyak 44 kes

May 15, 2021 | 8:44 PM

Covid-19: M'sia lapor kematian harian tertinggi sebanyak 44 kes

KEADAAN MEMBIMBANGKAN: Pekerja dengan sut bahan berbahaya atau 'hazmat' mengendalikan jenazah yang meninggal dunia kerana Covid-19 di Kuala Selangor. Menurut data pemodelan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, negara itu mungkin melihat lebih 8,000 kes Covid-19 baru sehari menjelang Jun jika orang awam gagal berpandukan undang-undang pengurusan selamat. - Foto EPA-EFE/FAZRY ISMAIL
KEADAAN MEMBIMBANGKAN: Pekerja dengan sut bahan berbahaya atau 'hazmat' mengendalikan jenazah yang meninggal dunia kerana Covid-19 di Kuala Selangor. Menurut data pemodelan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, negara itu mungkin melihat lebih 8,000 kes Covid-19 baru sehari menjelang Jun jika orang awam gagal berpandukan undang-undang pengurusan selamat. - Foto EPA-EFE/FAZRY ISMAIL -

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi pada Sabtu (15 Mei) dengan 44 kes dilaporkan sehingga tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 kematian membabitkan warga negara Malaysia manakala seorang lagi bukan warga negara.

Sehingga kini, katanya, kes kematian membabitkan Covid-19 di Malaysia dilaporkan mencecah sebanyak 1,866 kes kumulatif atau 0.40 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 4,140 kes baru dicatatkan pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia meningkat kepada 466,330 kes.

Daripada jumlah kes baru, sebanyak 4,131 kes melibatkan warga negara Malaysia manakala sembilan lagi bukan warga negara Singapura.

Sebanyak 3,432 kes sembuh turut dilaporkan pada Sabtu, dengan jumlah kes aktif sebanyak 42,135 setakat ini.

Ketika ini, 482 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Jagaan Rapi (ICU), manakala 250 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,507 kes, diikuti Johor sebanyak 433 kes manakala Kuala Lumpur sebanyak 398 kes. - Astro Awani

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg