Covid-19 tinggalkan 'parut dalam' pada ekonomi dunia termasuk selepas tempoh pemulihan, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Dunia0

Covid-19 tinggalkan 'parut dalam' pada ekonomi dunia termasuk selepas tempoh pemulihan

Apr 18, 2021 | 05:14 PM

WASHINGTON:  Sepertimana sesetengah pesakit Covid-19 yangmelalui pemulihan menderita dengan tanda jangkitan jangka panjang, ekonomi sejagat juga mengalami parut selepas tempoh pemulihan.

Begitulah pengamatan beberapa pakar yang dihubungi agensi berita Bloomberg mengenai tamparan hebat Covid-19 pada ekonomi sejagat.

Meskipun sokongan kewangan krisis berupa AS$26 trilion ($34 trilion) dan agihan vaksin mempercepatkan proses pemulihan lebih awal daripada yang dijangka, pendidikan yang tergendala, kemusnahan pekerjaan, kadar hutang yang meruncing serta jurang kaum, jantina, generasi dan geografi, meninggalkan parut mendalam khususnya buat kebanyakan negara miskin.

Penolong Profesor Vellore Arthi daripada Universiti California, Irvine, yang mengkaji kesan jangka panjang kesihatan dan ekonomi dek impak pelbagai krisis, berkata:

“Amatlah mudah untuk kita rasa lega apabila segalanya kelihatan kembali seperti biasa selepas tempoh setahun atau lebih mengharungi hari-hari yang melelahkan dek krisis ini.

Discover Malay Home Based Businesses

“Bagaimanapun, kebanyakan kesan yang kita lihat berdasarkan sejarah akan berterusan selama berdekad lamanya dan tidak semudahnya ditangani.”

Kemerosotan Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) tahun lalu adalah yang terbesar sejak era kemelesetan ekonomi paling buruk antara 1929 dengan 1939, yang dipanggil ‘Zaman Meleset’ (Great Depression).

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan krisis kali ini mengorbankan pekerjaan sepenuh masa 255 juta orang.

Menerusi pengamatan penganalisa global Oxford Economics, didapati  Filipina, Peru, Colombia dan Sepanyol adalah ekonomi yang paling terdedah pada kesan parut jangka panjang.

Ini berbanding Australia, Jepun, Norway, Jerman dan Switzerland, yang lebih mampu menangani situasi.

“Dunia mengambil masa untuk kembali pada tahap pra-Covid-19. Kesan pandemik ini tidak akan kembalikan kebanyakan negara kepada situasi mereka sebelum ini. Keadaan akan menjadi sangat berbeza,” kata ketua pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Carmen Reinhart.

Tidak semua negara terjejas secara saksama. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) akur bahawa ekonomi maju kurang terjejas  manakala negara berpendapatan rendah lebih merasakan tempias pandemik ini. Ia berbeza daripada kemelesetan ekonomi 2009 di mana negara kaya lebih terjejas.

Bank Dunia juga memberi amaran dalam laporannya pada Januari lalu bahawa seandainya langkah memperbetulkan situasi tidak diambil segera, akan wujudlah kekecewaan dari segi pertumbuhan ekonomi selama sedekad.

Profesor Arthi berkata, jika langkah penggubal dasar yang tepat diambil khususnya dalam aspek melatih semula kemahiran pekerja dan membantu mereka yang paling teruk terjejas oleh krisis ini, tempoh 10 tahun mendatang tidak akan membawa kekecewaan.

Ketua ahli ekonomi Citigroup, Dr Catherine Mann berkata salah satu cara ialah menggalak dasar yang menjana insentif buat bisnes mengorak langkah inovatif dan melabur khususnya dalam perubahan iklim ini. 

Dr Mann merasakan campuran dasar akan membawa pada pemulihan sepenuhnya.

"Inovasi menyokong pertumbuhan daya penghasilan tinggi manakala pelaburan baru mempertingkat mutu kehidupan. Penting juga mengambil strategi menjaga dan melatih pekerja bagi mengambil peluang daya penghasilan tinggi," katanya. - Reuters

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map