Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Wuhan tingkat usaha saringan, uji pesakit asimtomatik

May 15, 2020 | 11:45 AM



SHANGHAI: Sehingga hari ini (15 Mei) Wuhan telah melakukan ujian koronavirus terhadap lebih 3 juta penduduknya, dalam usaha menguji semua penduduk bandar itu setelah sekumpulan kes baru menimbulkan kekhuatiran jangkitan gelombang kedua.



Wuhan - tempat di mana virus itu dikesan buat pertama kalinya tahun lalu -  berkata ia akan menjalankan ujian asid nukleik bagi semua penduduknya dalam usaha membendung penularan terutama di kalangan mereka yang asimtomatik, menurut laporan agensi media Xinhua.



Laporan itu turut mengatakan bahawa Wuhan telah mengenal pasti beberapa kes asimtomatik setiap hari sejak baru-baru ini.



Kes asimtomatik adalah di mana seseorang diuji positif penyakit ini, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut.



China melaporkan empat kes jangkitan baru semalam (14 Mei), berbanding tiga kes sehari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataannya hari ini. 



Kesemua kes baru disebarkan secara tempatan dan jumlah kes asimtomatik baru merosot sedikit menjadi 11 kes berbanding 12 pada hari sebelumnya.



Sehingga kini, China merekodkan hampir 83,000 kes dengan sekitar 4,600 kematian. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >