Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuaca melampau pecah rekod cengkam Perancis, Eropah

Jul 1, 2025 | 12:31 PM
cuaca panas, paris
Para penduduk dan pelancong memakai payung bagi melindungi mereka daripada gelombang panas yang melanda Paris pada 30 Jun 2025. - Foto AFP

PARIS: Amaran haba telah dikeluarkan di seluruh Perancis kerana negara itu, dan bahagian lain di selatan dan timur Eropah, dicengkam suhu yang meningkat.

Paris dan 15 wilayah Perancis yang lain telah diletakkan dalam amaran merah pada 1 Julai, tertinggi di negara itu, manakala 68 wilayah lain dalam amaran jingga, tahap amaran kedua tertinggi.

Pada 30 Jun, 84 daripada 96 wilayah Perancis berada di bawah amaran jingga.

Menteri Iklim Perancis Cik Agnès Pannier-Runacher, menyifatkannya sebagai “belum pernah berlaku sebelum ini”.

Amaran haba turut dikeluarkan di Sepanyol, Portugal, Italy, Jerman, Britain dan negara Balkan termasuk Croatia. Sepanyol dan Portugal mencatatkan hari terpanas pada Jun.

El Granado di Andalusia menyaksikan suhu 46 darjah Celsius pada 28 Jun, manakala 46.6 darjah Celsius direkodkan di bandar Mora di tengah Portugal pada 29 Jun.

Kebanyakan negara telah meletakkan perkhidmatan perubatan kecemasan dalam keadaan siap sedia dan telah memberi amaran kepada orang ramai supaya duduk di rumah selama mungkin bagi mengelak masalah berkaitan cuaca melampau.

Hampir 200 sekolah di seluruh Perancis telah ditutup atau sebahagiannya telah ditutup akibat gelombang panas, yang telah mencengkam bahagian Eropah selama lebih seminggu dan dijangka memuncak pada pertengahan minggu.

Amaran merah Perancis akan berkuat kuasa pada 1 Julai.

Beberapa kebakaran hutan dilaporkan berlaku di banjaran gunung Corbières diu Perancis pada 29 Jun, membawa kepada pemindahan dan penutupan lebuh raya.

Sementara itu, 21 bandar Italy juga berada dalam keadaan berjaga-jaga di tahap tertinggi – termasuk Rome, Milan, Venice dan Sardinia.

Encik Mario Guarino, naib presiden Persatuan Perubatan Kecemasan Italy, menyatakan bahawa jabatan kecemasan hospital di seluruh negara telah melaporkan peningkatan 10 peratus kes strok haba.

Sebahagian besar Sepanyol, yang merekodkan bulan Jun terpanas dalam rekod, juga terus berada di bawah amaran haba.

Di Portugal, tujuh daerah, termasuk ibu negara, Lisbon, berada pada tahap berjaga-jaga tertinggi.

Sementara itu, Perkhidmatan Meteorologi Jerman telah memberi amaran bahawa suhu boleh mencecah hampir 38 darjah Celsius pada 1 dan 2 Julai – suhu berpotensi memecahkan rekod.

Di Turkey, penyelamat memindahkan lebih 50,000 orang – kebanyakannya daripada bandar peranginan Izmir di barat negara itu– akibat kebakaran hutan yang berlaku sejak beberapa hari lalu. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg