Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Cuaca tidak tentu jadi cabaran utama peniaga bazar di M'sia

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



Bulan Ramadan sudah masuk minggu terakhir, bagi peniaga bazar Ramadan faktor cuaca tidak menentu menjadi cabaran utama buat mereka yang mengharapkan jumlah kedatangan pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa.



Sejak bermulanya Ramadan pada 23 Mac lepas cuaca di seluruh negara terutama Lembah Klang panas di tengah hari tetapi kerap hujan di sebelah petang sehingga menjejaskan jualan peniaga bazar kerana kurangnya pengunjung.



Ada di antara peniaga yang terpaksa mengawal jumlah juadah yang dijual kerana khuatir tidak habis dijual sekiranya hujan di sebelah petang yang dianggap sebagai waktu puncak kerana kebanyakan pengunjung baru habis kerja.



Bagi Encik Rahim Husin peniaga nasi lemak bungkus mengakui keadaan cuaca yang tidak menentukan hasil jualan hariannya yang banyak bergantung kepada jumlah pengunjung yang datang.



Menurutnya, pengunjung akan bertambah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad daripada hari biasa, dan sepatutnya beliau perlu menambah jumlah masakan bagi mengambil kesempatan penambahan jumlah pengunjung itu.



"Hari pertama dan kedua meniaga, hujan lebat pada sebelah petang menyebabkan kurang pengunjung dan jualan agak kurang. Keadaan cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan saya berfikir dua kali sebelum menambah masakan untuk jualan," katanya semasa ditemui di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.



Berbeza pula dengan Chef Ammar Al Ali yang mempunyai ramai 'pengikut tegar' yang sanggup beratur di waktu terik dan hujan untuk membeli juadah menjadi pilihan ramai Lamb Shank Mandy bersama Telur Saffron dan Ayam Ros Kabsah.



Cef Ammar kelahiran Palestin dan sudah menetap lebih 25 tahun di Malaysia bersyukur jualan Lamb Shank Mandy bersama Telur Saffron dengan harga RM57 ($17.14) dan Ayam Ros Kabsah (RM25) masih diminati ramai dan mereka sanggup beratur seawal 3 petang di bawah terik matahari supaya tidak terlepas peluang membeli juadah yang menjadi sebutan ramai setiap kali Ramadan.



"Alhamdulillah, juadah masih laku meskipun ada harinya hujan di sebelah petang. Hujan di waktu petang kurang menjejaskan jualan kerana pelanggan sudah datang membeli seawal 3 petang, selalunya waktu hujan jualan hampir habis," tambah Cef Ammar.



Bagi peniaga 'mi tonggek' yang mahu dikenali sebagai Encik Mat Aziz, juadah mi, kuetiau dan 'maggi' goreng bersama udang galah dan sotong bersaiz XXL tetap menjadi pilihan pengunjung yang sanggup beratur lama untuk mendapatkannya.



Katanya, memang faktor cuaca yang tidak menentu boleh menjejaskan jualan hariannya tetapi sehingga minggu kedua ini cuaca agak baik dan tidak dapat dielakkan adakalanya hujan.



"Kita tidak dapat elak hujan sebab bulan puasa kali ini diramalkan hujan sebelah petang, tetapi alhamdulillah pelanggan tetap datang," katanya.



Encik Mohd Noor Mohd Khir yang menjual air minuman nira dan laici kang mengakui terjejas teruk bila hujan kerana gerai jualannya tidak berbumbung.



"Selalunya bila hujan, saya angkut semua barang masuk kereta dan berniaga semula bila cuaca reda. Bila hujan memang pelanggan kurang malah adakalanya langsung tidak ada," katanya semasa ditemui di Bazar Ramadan Bukit Beruntung, Hulu Selangor.



Berikutan itu, Encik Mohd Noor berkata beliau akan berniaga seawal 2 petang bagi menarik peniaga yang datang awal dan dapat mengurangkan kerugian apabila hujan di sebelah petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >