Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA/RENCANA

Daesh mengaku serang Taleban di Jalalabad, Afghanistan

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



BEIRUT: Daesh-Khorasan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terhadap kumpulan pejuang Taleban di bandar Jalalabad, Afghanistan.



Menurut kenyataan dikeluarkan pasukan propaganda Daesh, Amaq, kumpulan itu mendakwa tiga serangan bom berasingan menyasarkan tiga kenderaan Taleban di Jalalabad pada Sabtu dan satu lagi serangan bom semalam terhadap sebuah kenderaan Taleban.



Sebuah pikap yang membawa pejuang Taleban menjadi sasaran bom di bandar Jalalabad Afghanistan kelmarin, lapor media tempatan.



Saksi memberitahu media tempatan bahawa beberapa anggota Taleban yang cedera dibawa ke hospital susulan letupan itu, yang menurut seorang wartawan berlaku berhampiran persimpangan ke dan dari ibu negara, Kabul.



Sehari sebelumnya, sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam satu siri letupan di kawasan itu, letupan maut pertama sejak pasukan Amerika Syarikat terakhir menarik diri dari Afghanistan pada 30 Ogos lalu.



Pegawai Taleban yang enggan dikenali berkata ini adalah serangan meragut nyawa yang pertama berlaku sejak anggota keselamatan Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Afghanistan.



"Dalam salah satu serangan terbabit, sebuah kenderaan Taleban yang melakukan rondaan di Jalalabad menjadi sasaran. Wanita dan kanak-kanak adalah antara yang cedera," katanya.



Pegawai dari jabatan kesihatan wilayah Nangarhar memaklumkan tiga orang terbunuh dan 18 yang lain cedera dalam serangan terbabit manakala media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya dua terkorban.



Gambar yang dirakamkan di lokasi kejadian menunjukkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda berwarna hijau dengan bendera putih Taleban yang dilitupi serpihan letupan sedang diteliti anggota bersenjata.



Jalalabad ialah ibu kota Nangarhar dan menjadi pusat kegiatan Daesh cawangan Afghanistan.



Usaha diterajui AS bagi membawa keluar warga asing dan rakyat Afghanistan yang berkhidmat untuk pasukan antarabangsa sebelum ini dicemari dengan letupan bom yang didakwa didalangi Daesh.



Bagaimanapun, tiada lagi kes sedemikian dilaporkan berlaku sejak pasukan keselamatan AS dipanggil balik dan meninggalkan Afghanistan pada 30 Ogos lalu.



Sebelum ini Daesh-Khorasan juga mengaku bertanggungjawab atas serangan berdarah yang mengorbankan lebih 100 orang di lapangan terbang Kabul pada akhir Ogos lalu.



Pengeboman berani mati itu meragut 103 nyawa termasuk 13 anggota tentera AS di lokasi kejadian



Daesh dan Taleban berbeza dalam isu agama dan strategi, sekali gus mencetuskan sengketa berdarah antara kedua-dua kumpulan.



Letupan terbaru itu dipercayai berlaku susulan arahan Taleban supaya pelajar dan guru lelaki diarah kembali ke sekolah di Afghanistan tetapi mengecualikan perempuan.



Satu lagi tindakan Taleban membuktikan pendekatan mereka berhubung wanita dan kanak-kanak perempuan belum berubah apabila papan tanda di bangunan Kementerian Hal Ehwal Wanita diturunkan.



Ia kini digantikan oleh Jabatan Mempromosi Nilai Murni dan Mencegah Salah Laku. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >