Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS dakwa jet China lakukan aksi agresif dekat pesawat tenteranya

May 31, 2023 | 03:41 PM



WASHINGTON: Sebuah jet pejuang China didakwa melakukan gerakan agresif berhampiran pesawat tentera Amerika Syarikat di ruang udara antarabangsa Laut China Selatan.


Dalam satu kenyataan, Komando tentera Amerika yang bertanggungjawab ke atas kawasan Indo-Pasifik berkata pesawat J-16 milik China itu melakukan aksi penerbangan minggu lalu dan memaksa pesawat RC-135 AS untuk terbang melalui pergolakan atau gangguan angin.

“Amerika akan terus terbang, belayar, dan beroperasi – dengan selamat dan bertanggungjawab – di mana saja undang-undang antarabangsa membenarkan,” kata kenyataan itu.

Turut disertakan, video menunjukkan sebuah jet pejuang melintas di hadapan hidung pesawat Amerika dan kokpit RC-135 bergegar dalam gelora.

Kedutaan China di Washington tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.

Sebelum ini, China pernah mengatakan bahawa tindakan Amerika yang menghantar kapal dan pesawat ke Laut China Selatan adalah tidak baik untuk keamanan.

Pada Disember lalu, sebuah pesawat tentera China terbang dalam jarak tiga meter dari pesawat Tentera Udara Amerika dan memaksanya melakukan gerakan mengelak supaya tidak berlanggar di ruang udara antarabangsa.

Kejadian itu menyusuli apa yang disebut oleh Amerika sebagai trend kelakuan yang semakin berbahaya oleh pesawat tentera China baru-baru ini.

Kes itu berlaku sebelum China menolak permintaan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, untuk bertemu di luar sidang puncak keselamatan Asia Dialog Shangri-La di Singapura minggu ini.

Seorang pegawai kanan pertahanan Amerika yang enggan dikenali berkata sejak 2021 China menolak atau tidak menjawab lebih 12 permintaan untuk bercakap dengan Pentagon.

Hubungan antara China dan Amerika menjadi tegang, dengan pergeseran antara dua ekonomi terbesar dunia itu berhubung pelbagai isu termasuk Taiwan, rekod hak asasi China dan aktiviti ketenteraan Amerika di Laut China Selatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >