Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS dakwa Putin arah usaha pastikan Trump atasi Biden dalam pilihan raya presiden lalu

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, kemungkinan besar mengarahkan usaha Moscow untuk mempengaruhi pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 agar berpihak kepada Encik Donald Trump.



Demikian menurut laporan perisikan Amerika yang dikeluarkan kelmarin dengan sumber-sumber mengatakan perkara itu boleh mencetuskan tindakan sekatan Amerika terhadap Moscow.



Laporan setebal 15 halaman itu, yang dikeluarkan Pejabat Pengarah Perisikan Nasional Amerika Syarikat, menambah lagi bukti kepada banyak tuduhan lama bahawa beberapa pegawai tertinggi Encik Trump berada di bawah pengaruh Moscow dengan membuat dakwaan terhadap calon pesaing presiden ketika itu, Encik Joe Biden, oleh tokoh Ukraine yang ada kaitan dengan Russia menjelang pilihan raya 3 November itu.



Laporan itu juga menambah lagi penemuan baru bahawa Encik Putin mengawasi atau sekurang-kurangnya menyetujui campur tangan pilihan raya untuk memberi manfaat kepada Encik Trump.



Russia semalam menyifatkan laporan itu tidak berasas.



"Dokumen yang disediakan oleh perisikan Amerika adalah satu lagi tuduhan tidak berasas terhadap negara kami kerana campur tangan dalam proses politik domestik Amerika," kata kedutaan Russia di Amerika dalam satu kenyataan di Facebook.



"Kesimpulan laporan mengenai Russia yang melakukan operasi mempengaruhi di Amerika disahkan semata-mata oleh kepercayaan perkhidmatan perisik itu sendiri. Tidak ada fakta atau bukti khusus mengenai dakwaan tersebut."



Washington dijangka mengenakan sekatan ke atas Moscow seawal minggu depan ekoran tuduhan baru itu, kata tiga sumber dengan syarat nama mereka tidak disiarkan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >