Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dana PBB untuk rakyat Palestin cukup hingga Sep saja

Jul 13, 2024 | 3:12 PM
Seorang wanita menatap sayu runtuhan kompleks bangunan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) selepas pengunduran tentera Israel pada 12 Julai.
Seorang wanita menatap sayu runtuhan kompleks bangunan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) selepas pengunduran tentera Israel pada 12 Julai. - Foto AFP

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memaklumkan pada 12 Julai bahawa mereka hanya mempunyai dana yang mencukupi untuk terus beroperasi hingga September.

Ini setelah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, memohon bantuan daripada penderma.

“Kami bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan rakan kongsi bagi memulihkan keyakinan terhadap agensi ini,” kata Ketua UNRWA, Encik Philippe Lazzarini, selepas beberapa negara menghentikan pembiayaan, berikutan dakwaan Israel pada Januari lalu tentang beberapa pekerja agensi itu menyertai serangan pada 7 Oktober 2023.

Encik Lazzarini berkata ikrar bagi dana baru itu akan membantu memastikan operasi kecemasan sehingga September.

Sebelum ini, Encik Guterres merayu kepada penderma untuk membiayai agensi PBB itu sambil memberi amaran rakyat Palestin akan kehilangan talian hayat kritikal tanpa UNRWA.

“Saya ingin jelaskan tiada badan gantian kepada UNRWA.

“Apabila kami fikir situasi tidak akan menjadi lebih teruk di Gaza, entah bagaimana, sungguh mengerikan sebab orang awam terus menderita dalam keadaan yang semakin meruncing dan tiada sikap perikemanusiaan,” tambah Encik Guterres.

Menurut Encik Guterres, sepanjang perang yang meletus, seramai 195 kakitangan UNRWA terkorban, sekali gus menjadikan angka kematian tertinggi bagi kakitangan sesebuah agensi dalam sejarah PBB.

Dalam pada itu, Kongres Amerika Syarikat sudah menghalang pembiayaan lanjut untuk UNRWA.

Pentadbiran Presiden, Encik Joe Biden, sebaliknya mengarahkan pembiayaan untuk orang awam Palestin disalur kepada pertubuhan lain. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg