Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DBS, OCBC, Citibank dan Swiss Life didenda $3.8j bagi pelanggaran dikaitkan saga Wirecard: MAS

Jun 21, 2023 | 08:10 PM



Tiga bank – DBS, OCBC dan Citibank Singapore – dan syarikat insurans Swiss Life Singapore telah didenda sejumlah $3.8 juta kerana melanggar peraturan antipengubahan wang haram dan antipembiayaan pengganasan, dalam kejadian berkaitan skandal Wirecard.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu berkata pelanggaran itu dikenal pasti apabila pihaknya meneliti empat entiti tersebut berikutan berita penyelewengan dalam penyata kewangan Wirecard AG, serta dakwaan penglibatan individu dan entiti yang berpangkalan di Singapura dalam perkara itu.

Empat institusi kewangan itu didapati mempunyai kawalan yang tidak mencukupi.

Pelanggaran antaranya termasuk kegagalan menyiasat latar belakang dan tujuan urus niaga, kegagalan mengemas kini maklumat relevan dan terkini pelanggan, serta kegagalan mengetahui sumber kekayaan pelanggan berisiko tinggi dengan secukupnya, dan pemilik benefisial mereka.

“Walaupun pelanggaran itu serius, MAS tidak menemui salah laku yang disengajakan oleh mana-mana kakitangan institusi kewangan itu,” kata pengawal selia itu.

Daripada empat entiti itu, DBS didenda $2.6 juta bagi pelanggaran antara Julai 2015 hingga Februari 2020 berkaitan akaun yang diselenggara oleh 11 pelanggan korporat.

OCBC didenda $600,000 bagi pelanggaran antara Jun 2015 dengan Januari 2016 yang berkaitan dengan akaun yang diselenggara oleh seorang pelanggan korporat.

Citibank didenda $400,000 bagi pelanggaran antara September 2019 dengan Jun 2020 berkaitan dengan akaun yang diselenggara dua pelanggan korporat, manakala Swiss Life didenda $200,000 bagi pelanggaran pada Mei 2017 berkaitan dengan polisi insurans hayat berkaitan pelaburan yang telah ditaja jaminnya.

MAS menyatakan empat institusi kewangan tersebut telah mengambil “tindakan pembaikan segera” bagi menangani kekurangan yang dikenal pasti.

Ini termasuk penambahbaikan kepada prosedur dan proses mereka, dan latihan meningkatkan kewaspadaan kakitangan dalam mengesan dan meningkatkan kebimbangan risiko.

Pada masa sama, MAS menambah bahawa pihaknya telah menyelesaikan siasatannya ke atas firma pentadbiran perniagaan Citadelle kerana disyaki melanggar Akta Syarikat Amanah (TCA) dengan menjalankan perniagaan amanah tanpa lesen.

Siasatan itu tidak mendapati sebarang pelanggaran TCA oleh Citadelle dan tiada tindakan lanjut terhadap firma itu akan diambil, ujar MAS.

Penalti ke atas empat entiti itu dibuat sehari selepas dua bekas pekerja Wirecard Asia dipenjarakan pada Selasa kerana membantu pihak atasan mereka menggelapkan dana daripada anak syarikat firma khidmat pembayaran antarabangsa yang berdaftar di Jerman itu.

Tindakan itu menjadikannya sabitan kesalahan berkaitan Wirecard pertama di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >