Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS: Institusi kewangan perlu tangani risiko pengubahan wang haram pelanggan mewah

May 24, 2023 | 03:43 PM



INSTITUSI-INSTITUSI kewangan dikehendaki memaklumkan pihak polis dan pengawal selia kewangan sekiranya mereka mengesyaki sebarang urus niaga kewangan mempunyai kaitan dengan jenayah.

Namun, tiada jangka masa ditetapkan untuk mereka memaklumkan aktiviti sebegitu, menurut seorang jurucakap Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Kata MAS, institusi-institusi tersebut juga dikehendaki meningkatkan langkah menguruskan risiko lebih tinggi bagi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan daripada pelanggan seperti individu kaya.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), MAS berkata institusi kewangan mesti memfailkan Laporan Urus Niaga Mencurigakan dengan polis dan memberi salinan laporan itu kepada pengawal selia, jika mereka mempunyai sebarang sebab mengesyaki bahawa urus niaga kewangan tersebut berkaitan dengan jenayah.


MAS berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung dengan pengubahan wang haram dalam industri kewangan selepas seorang taikun dari Angola tidak dapat mengeluarkan $2.6 juta daripada akaun banknya di Singapura.

Dia dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun pada Mac 2022 di Afrika Selatan kerana menggelapkan wang, pengubahan wang haram dan penipuan cukai.

Jabatan Hal Ehwal Komersial telah merampas akaun Bank of Singapore (BOS) Carlos Manuel De Sao Vicente, yang mengandungi dana lebih AS$558 juta ($753 juta) pada 19 Februari 2021.

Unit jenayah kolar putih itu turut merampas dua akaun lain dengan bank yang sama – satu milik isteri De Sao Vicente, Irene, yang mengandungi lebih AS$5 juta dan satu lagi milik anaknya, Ivo, yang mengandungi AS$10.5 juta.

Pada 28 September 2022, De Sao Vicente memohon kepada Mahkamah Tinggi Singapura untuk membolehkan dana AS$4.9 juta dikeluarkan daripada akaun yang dibekukan itu. Jumlah itu kemudian disemak kepada $2.6 juta.

De Sao Vicente menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sumber dana lain dan memerlukan wang itu untuk membayar perbelanjaan guamannya di Singapura, Switzerland dan Angola serta khidmat guaman untuk pelbagai organisasi antarabangsa.

Mahkamah menolak permohonannya pada 17 Mei.

Dalam penghakiman bertulis, Hakim Vincent Hoong berkata sukar untuk meninjau tahap sebenar kekayaan De Sao Vincente, memandangkan banyak pemindahan rentas bidang kehakiman dalam jumlah yang besar antara akaun banknya dan asetnya yang bersifat antarabangsa.

Ketua pematuhan jenayah kewangan global BOS, Encik Chew Qi, berkata bank itu bertindak segera apabila berita tentang langkah yang diambil oleh pengawal selia Switzerland didedahkan kepada umum pada 2020.

Pengawal selia kewangan Switzerland, Finma, menegur bank Switzerland, Banque Syz, pada September 2020 kerana membenarkan seorang pelanggan Angola memindahkan dana bernilai jutaan tanpa menyiasat sebab pertumbuhan besar dalam kekayaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >