Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakar ekon swasta turunkan ramalan GDP S’pura kepada 1.4% bagi 2023: MAS

Jun 14, 2023 | 5:36 PM
PERTUMBUHAN EKONOMI SINGAPURA: Pakar ekonomi sektor privet turunkan ramalan ekonomi Singapura bagi 2023 kepada 1.4 peratus manakala ramalan pertumbuhan GDP bagi 2024 kekal sama pada 2.5 peratus.
PERTUMBUHAN EKONOMI SINGAPURA: Pakar ekonomi sektor privet turunkan ramalan ekonomi Singapura bagi 2023 kepada 1.4 peratus manakala ramalan pertumbuhan GDP bagi 2024 kekal sama pada 2.5 peratus. - Foto Fail

Pakar ekonomi sektor privet telah mengurangkan ramalan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura bagi 2023 kepada 1.4 peratus, lebih rendah berbanding 1.9 peratus yang diramalkan pada Mac.

Demikian menurut satu tinjauan yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) setiap suku tahun yang dikeluarkan pada Rabu.

Sentimen pesimis ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih lemah daripada yang dijangkakan pada suku pertama serta prestasi lemah sektor perkilangan.

Penguncupan itu dijangka berlaku daripada sektor perkilangan, dengan ramalan sekarang dikurangkan ke paras negatif 1.3 peratus bagi 2023 berbanding 2022, lebih rendah berbanding ramalan sebelum ini, iaitu tiada pertumbuhan.

Perkilangan membentuk bahagian terbesar GDP atau hingga lebih satu perlima ekonomi Singapura.

Seramai 24 pakar yang ditinjau dalam tinjauan MAS itu termasuk pakar ekonomi dan penganalisis yang memantau ekonomi setempat.

Pertumbuhan bagi sektor kewangan dan insurans juga dijangka mengucup ke paras 1.3 peratus berbanding ramalan sebelum ini, iaitu 2.5 peratus.

Sementara itu, pertumbuhan bagi sektor borong dan perdagangan runcit juga diramal berkurangan kepada 0.8 peratus berbanding 1.9 peratus yang diramal pada Mac.

Namun, sektor binaan pula dijangka tumbuh 7 peratus berbanding 4.2 peratus pada suku sebelum ini manakala penginapan dan khidmat makanan diramal tumbuh 10 peratus, berbanding 8.4 peratus dalam ramalan sebelum ini.

Penggunaan privet pula diramal tumbuh 3.5 peratus berbanding 3.2 peratus pada Mac, tetapi pengucupan bagi eksport domestik bukan minyak utama (Nodx) pula dijangka terus merosot hingga negatif 5.5 peratus berbanding negatif 4 peratus dalam tinjauan sebelum ini.

Dalam pada itu, ramalan pertumbuhan GDP bagi 2024 kekal sama, rata-rata pada 2.5 peratus.

Dari segi petunjuk ekonomi utama yang lain bagi 2023, ramalan rata-ratanya sama bagi inflasi, iaitu 5 peratus bagi inflasi keseluruhan pada 2023 berbanding 2022, dan 4.1 peratus bagi inflasi teras, yang tidak termasuk kos pengangkutan privet dan penginapan.

Sementara itu, kadar pengangguran keseluruhan diramal berkurangan kepada 2.1 peratus berbanding 2.2 peratus sebelum ini.

Dolar Singapura pula dijangka kekal stabil, iaitu $1.32 berbanding dolar Amerika, lebih tinggi berbanding ramalan $1.31 sebelum ini.

Ekonomi Singapura tumbuh 0.4 peratus pada suku pertama 2023 berbanding suku yang sama pada 2022.

Pertumbuhan itu lebih kecil berbanding perkembangan 2.1 peratus dalam suku sebelumnya.

Pada lewat Mei, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) juga mengekalkan ramalan pertumbuhan GDP bagi Singapura antara 0.5 dengan 2.5 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg