Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PILIHAN RAYA PRESIDEN AMERIKA

Debat: Calon saling tuding jari salahkan satu sama lain

Oct 24, 2020 | 05:30 AM



NASHVILLE (Tennessee): Debat kedua dan terakhir antara dua calon presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump dan Encik Joe Biden, menyaksikan kedua-dua mereka saling menuding jadi tentang kegagalan masing-masing - Encik Trump dalam menangani pandemik koronavirus, sementara Encik Biden tidak menjalankan tugas dengan baik sewaktu menjadi naib presiden antara 2009 hingga 2017 dahulu.



Berbeza dengan 'ribut' yang disaksikan sewaktu debat kali pertama pada 30 September lalu di Cleveland, Ohio, yang menyaksikan kedua-dua saling bertegang urat dan bertikam lidah, dengan pengerusi majlis turut 'diganyang' Encik Trump, perbahasan kali ini yang diadakan di Universiti Belmont, Nashville, dan disiarkan secara langsung oleh CNN pada 9.30 pagi waktu Singapura - berlangsung dalam keadaan lebih tenang dan teratur.



Dalam ucapan pembukaannya, Encik Trump menyentuh usaha pentadbirannya menangani pandemik koronavirus, menyatakan Amerika kini menyaksikan "keadaan semakin reda" dan vaksin "disediakan dalam beberapa minggu".



Encik Biden menyangkal dan menuduh pencabarnya itu "tidak cekap", "gagal tangani pandemik", dan buat dakwaan palsu ia akan selesai tidak lama lagi.



Amerika melaporkan lebih 72,000 kes koronavirus yang baru dengan lebih 1,000 kematian, kelmarin.



"Kita bakal mengharungi musim sejuk yang gelap," kata Encik Biden.



"Beliau tidak punya pelan yang jelas, dan tidak ada jangkaan yang satu vaksin akan dapat disediakan untuk majoriti rakyat Amerika sebelum pertengahan tahun depan."



Debat kali ini menyaksikan setiap calon menjawab soalan menyentuh soal koronavirus, isu keselamatan negara, campur tangan dalam pilihan raya, Korea Utara, penjagaan kesihatan, pakej rangsangan ekonomi, isu imigresen, hubungan antara kaum, soal perubahan iklim dan sekitaran sebelum diakhiri dengan penggulungan hujah tentang soal kepimpinan.



Encik Trump dalam pada itu menuduh Encik Biden dan anaknya, Encik Robert Hunter Biden, 50 tahun, terlibat dalam amalan tidak beretika di China dan Ukraine.



Ia "satu pembohongan", kata Encik Biden.



Encik Trump juga tuduh Encik Biden merancang menamatkan polisi penjagaan kesihatan privet.



"Kami telah melakukan tugas amat baik dalam soal penjagaan kesihatan dan akan melakukan lebih baik lagi," kata calon Parti Republikan itu dan menerangkan pelan penjagaan kesihatannya nanti lebih baik dan lebih cantik dari 'Obamacare', namun tidak mengongsi butirannya.



Encik Biden menepis kedua-dua kenyataan pencabarnya itu.



"Setiap orang berhak mendapatkan penjagaan kesihatan yang dimampui. Ia suatu yang dapat menyelamatkan nyawa rakyat... Kita harus sedia insurans kesihatan untuk rakyat pada kadar dimampui," katanya yang mahu memperkenal 'Bidencare'.



Dalam soal hubungan luar, Encik Biden berkata, Encik Trump bukan hanya punya bank akaun di China tetapi juga menjalin hubungan baik dengan 'samseng' di Korea Utara, China dan Russia, "tetapi 'mencocok' negara-negara sahabat".



"Beliau mengesahkan Korea Utara," dakwa Encik Biden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >