Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Deklarasi pertingkat hubungan S’pura-UK, perkongsian strategik5 bidang dilancar

Sep 09, 2023 | 03:30 PM



NEW DELHI: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak bertemu di luar Sidang Puncak G20 di New Delhi, India bagi mengeluarkan Deklarasi Bersama untuk meningkatkan hubungan Singapura-United Kingdom kepada satu perkongsian strategik


Perkongsian Strategik merangkumi lima teras iaitu Kerjasama Ekonomi; Pertahanan, Keselamatan, Perisikan dan Kerjasama Dasar Luar Negara; Iklim, Kemampanan, Ekonomi Hijau dan Kerjasama Tenaga; Kerjasama Penyelidikan, Sains, Inovasi dan Teknologi; dan Kerjasama Sektor Awam.

Deklarasi Bersama mengenai Perkongsian Strategik itu menandakan era baharu dalam hubungan Singapura-United Kingdom, menjadi pemangkin peluang bagi kedua-dua negara untuk bekerjasama dan mengukuhkan hubungan merentasi pelbagai sektor.

Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu yang memaklumkan tentang inti pati deklarasi itu menjelaskan bahawa Singapura dan United Kingdom berkongsi kerjasama yang lama dan bersejarah.

“Hubungan kami yang kukuh, luas dan mendalam disokong oleh tumpuan strategik dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada perdagangan bebas, undang-undang antarabangsa dan sistem pelbagai hala berasaskan peraturan, serta mengekalkan seni bina serantau yang terbuka dan inklusif. Kami disambungkan oleh komitmen bersama untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia-Pasifik.

“Hubungan antara Singapura dengan United Kingdom adalah dinamis dan menyeluruh di semua peringkat, merentasi perdagangan dan pelaburan, kewangan, pertahanan dan keselamatan, pendigitalan dan keselamatan siber, sains dan teknologi, pendidikan, budaya dan pembangunan mampan.

“Kerjasama kami mencerminkan sifat berfikiran sama, inovatif dan berpandangan ke hadapan dalam hubungan dua hala kami,” tambah deklarasi itu.

Sementara itu, pada Sidang Puncak tahunan G20, pemimpin tampil dengan pandangan yang berpecah-belah mengenai perang di Ukraine.

Mereka bagaimanapun bersetuju secara umum mengenai isu seperti mata wang kripto dan pembaharuan dalam bank pembangunan pelbagai hala.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden dan pemimpin negara G20 lain berkumpul untuk sidang puncak dua hari di pusat persidangan baru, Bharat Mandapam, yang bernilai AS$300 juta (S$409 juta) dan menghadap sebuah kubu batu abad ke-16.

Perniagaan, kedai, pejabat dan sekolah telah ditutup di Delhi, sebuah bandar dengan 20 juta penduduk manakala lalu lintas dihadkan sebagai sebahagian langkah keselamatan untuk memastikan kelancaran mesyuarat tersebut yang disifatkan berskala tinggi yang pernah dihoskan India.

Kawasan setinggan pula dirobohkan manakala monyet dan anjing liar dilenyapkan dari jalanan.

Menurut draf pengisytiharan sidang puncak itu yang sempat disemak agensi Reuters, pihak perunding tidak dapat menyelesaikan perselisihan pendapat mengenai takrifan perang di Ukraine lantas menyerahkan kepada pemimpin untuk mencapai tolak ansur jika boleh.


Draf 38 halaman itu diedarkan dalam kalangan anggota lantas membiarkan perenggan yang tersenarai frasa “keadaan geopolitik” kosong, manakala mereka bersetuju dengan 75 perenggan lain.

Encik Biden dijangka akan mendesak tindakan pada isu ketidaktentuan iklim dan pengeluaran gas rumah hijau pada tahap lebih tinggi dilaksanakan negara-negara utama pada sidang puncak itu, jelas seorang pegawai Rumah Putih, mengulas kebimbangan yang semakin meningkat tentang kurangnya persetujuan ramai bagi mengurangkan pelepasan gas berkenaan.

Perunding negara yang dipanggil ‘sherpa’ G20 sudah berhari-hari menghadapi kesulitan bergelut untuk mencapai persetujuan mengenai perbezaan pendapat tentang peperangan dengan misi utama memujuk Russia menyertai perbincangan itu dalam menghasilkan apa yang dipanggil Deklarasi Pemimpin.

Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, yang mewakili negaranya di mesyuarat itu berkata beliau akan menyekat pengisytiharan akhir yang dibuat G20 melainkan ia mencerminkan kedudukan Moscow mengenai Ukraine dan krisis lain.

Satu sumber memberitahu Reuters satu pengisytiharan bersama mungkin atau mungkin tidak mencapai persetujuan sebulat suara. Ia mungkin mengetengahkan perenggan berbeza yang melahirkan pandangan negara yang berbeza atau ia boleh merakam persetujuan dan perbezaan pendapat dalam satu perenggan.


Menurut sumber lain di salah sebuah negara G20, perenggan mengenai perang ke atas Ukraine telah dipersetujui oleh negara-negara Barat dan dihantar ke Russia bagi meraih pendapatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >