Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Elak bincang namakan semula India kepada Bharat: PM Modi

Sep 08, 2023 | 04:43 PM



NEW DELHI: Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, yang mengadakan mesyuarat kabinet untuk membincangkan persiapan bagi Sidang Puncak G20 turut mengarahkan menterinya agar mengelak daripada membahaskan kemungkinan menamakan semula India kepada Bharat, demikian menurut laporan akhbar India Hindustan Times, yang dipetik agensi berita Sputnik.


Bharat ialah India dalam bahasa Hindi, salah satu bahasa rasmi negara itu, seiring bahasa Inggeris.

Kontroversi itu bermula pada Selasa apabila jawatan Presiden India, Cik Droupadi Murmu, diletakkan sebagai ‘Presiden Bharat’.dalam jemputan rasmi ke jamuan negara bagi pemimpin negara yang akan menghadiri Sidang Puncak G20 di New Delhi.

Tidak lama selepas itu, media India melaporkan, memetik sumber, bahawa pemerintah India mungkin mencadangkan untuk menukar nama negara secara rasmi kepada Bharat dan membawa isu itu ke sesi khas Parlimen yang akan diadakan dari 18 hingga 22 September.

Keputusan Presiden Murmu untuk menggunakan nama negara itu dalam bahasa Hindi pada kad jemputannya, serta kemungkinan penamaan semula negara itu, mencetuskan kemarahan dalam kalangan parti pembangkang.

Encik Modi menasihatkan pegawainya supaya tidak membuat kenyataan mengenai isu yang mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap, atau yang boleh menimbulkan kontroversi pada Sidang Puncak G20, yang akan diadakan di New Delhi pada Sabtu dan Ahad, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

Beliau turut mengarahkan para menteri untuk berpegang pada tugas mereka dan memerangi serangan terhadap perkara-perkara berkaitan agama, menurut laporan itu.

“Para menteri diberitahu bahawa mereka perlu tegas menghadapi kepalsuan dan serangan terhadap isu-isu agama, untuk meletakkan perkara dalam konteks yang betul dan bergantung kepada peruntukan Perlembagaan yang tidak membenarkan penghinaan mana-mana agama,” kata salah seorang sumber.

Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, menggesa penggubal undang-undang dan pegawai parti supaya mengelak daripada memberi komen terburu-buru atau kenyataan kontroversi yang boleh menjadi tajuk utama semasa sidang kemuncak itu.

“Jurucakap dan pemimpin lain telah diberitahu untuk bercakap hanya mengenai isu yang mereka diberi kuasa untuk bercakap.

“Mereka tidak seharusnya membiarkan pembangkang merampas naratif pada masa tumpuan diberikan kepada India dan sidang kemuncak sejagat,” kata seorang wakil parti.

Encik Modi sering merujuk India sebagai ‘Bharat’, yang merupakan salah satu daripada dua nama rasmi untuk negara itu di bawah Perlembagaan negara tersebut.

Ia juga selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh parti BJP pimpinan Encik Modi, iaitu untuk menghapuskan peninggalan zaman penjajah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >