Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Demi keamanan: Ukraine sedia bincang pelaksanaan sebagai negara tidak berpihak

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



LVIV: Ukraine bersedia membincangkan pelaksanaan status sebagai negara tidak berpihak dalam usaha mencapai keamanan dengan Russia, tetapi perjanjian sedemikian harus dijamin oleh pihak ketiga dan diiringi referendum, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenksy.



Bertutur dalam bahasa Russia, Encik Zelensky berkata demikian semasa bercakap dengan wartawan dari Russia menerusi panggilan video selama 90 minit kelmarin.



Sesi itu diadakan walaupun pihak berkuasa di Moscow telah memberi amaran kepada media Russia supaya tidak membuat liputan mengenai panggilan video itu.



Encik Zelensky berkata tindakan Russia menyerang Ukraine itu telah memusnahkan kota-kota Ukraine yang kebanyakan warganya bertutur bahasa Russia.



Kerosakan yang berlaku lebih buruk daripada yang berlaku semasa perang Russia di Chechnya, kata Encik Zelenksy.



Menurutnya lagi, jika keselamatan Ukraine terjamin, ia akan bersikap tidak berpihak dan tidak akan menjadi negara yang menggunakan senjata nuklear.



"Kami bersedia berbuat demikian... itulah perkara yang paling penting," kata Encik Zelensky.



Beliau berkata Ukraine enggan membincangkan tuntutan lain daripada Russia, seperti meniadakan tentera negara.



Bercakap menerusi panggilan video itu, yang diadakan lebih sebulan selepas Russia menyerang Ukraine pada 24 Februari, Encik Zelenksy berkata sebarang perjanjian keamanan tidak boleh dilaksana jika serangan tidak dihentikan dan Russia tidak mengundurkan tenteranya dari Ukraine.



Beliau berkata Ukraine tidak akan menggunakan kekerasan untuk merampas semula wilayah yang telah ditawan Russia kerana perbuatan itu akan mencetus perang dunia ketiga.



Menambah, beliau akur ingin mencapai kata sepakat berhubung wilayah Donbas Timur, yang telah dikuasai kuasa yang disokong Russia sejak 2014.



Russia berkata ia sedang mengadakan "gerakan ketenteraan khas" di Ukraine yang bertujuan meniadakan tentera negara jiran itu.



Ukraine dan negara-negara Barat yang bersekutu dengannya berkata ini adalah tujuan pura-pura untuk menyelindungi serangan yang dilakukan tanpa sebab.



Juga menerusi panggilan video itu, Encik Zelenksy bercakap mengenai nasib yang menimpa 400,000 rakyat Ukraine yang tinggal di kota pelabuhan di Mariupol, selepas berminggu-minggu kota itu dibedil askar Russia.



"Semua pintu masuk dan keluar dari kota Mariupol telah disekat," kata Encik Zelenksy.



"Pelabuhan di sana telah diletupkan. Bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di kota itu tiada perbandingannya dengan perkara lain yang pernah berlaku kerana mustahil untuk ke sana dengan makanan, ubat dan air," katanya.



"Saya juga tidak tahu siapa yang pernah dilayan sebegini oleh tentera Russia," kata Encik Zelensky, yang berkata tahap kemusnahan yang sedang berlaku di Ukraine terlalu dahsyat jika dibandingkan dengan kemusnahan yang berlaku semasa perang Russia di Chechnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >