Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS desak Israel capai gencatan senjata sedang rundingan di Qatar berjalan

Mar 22, 2024 | 02:18 PM



KAHIRAH: Ketua perisik Israel dijangka pergi ke Qatar untuk menyertai rundingan gencatan senjata antara Israel dengan Hamas di Gaza.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, yang kini dalam rangka lawatan keenamnya di Timur Tengah berkata pada 21 Mac di Kahirah bahawa beliau percaya rundingan yang diusahakan oleh Amerika, Qatar dan Mesir masih boleh mencapai perjanjian gencatan senjata.

Rundingan di Qatar tertumpu pada gencatan senjata sekitar enam minggu yang membolehkan 40 tebusan Israel dibebaskan sebagai balasan kepada ratusan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Ia juga bakal membuka jalan bagi lebih banyak bantuan disalurkan ke kawasan yang dilanda masalah kebuluran akibat kekurangan makanan yang melampau.

“Perunding terus bekerja. Jurang semakin mengecil, dan kami terus mendesak perjanjian di Doha. Masih ada kerja yang sukar untuk sampai ke sana. Tetapi saya terus percaya ia mungkin berhasil akhirnya,” kata Encik Blinken.

Bagi Hamas, pihaknya akan membebaskan tebusan hanya sebagai sebahagian daripada perjanjian yang akan menamatkan perang, manakala Israel berkata ia hanya akan membincangkan gencatan sementara.

Seorang pegawai Palestin yang mengetahui usaha pengantaraan, menyatakan bahawa Hamas telah menunjukkan fleksibiliti. Israel pula tidak mahu komited untuk menamatkan perang ke atas Gaza,” kata pegawai itu yang tidak mahu namanya disebutkan.

Satu kenyataan oleh pejabat Perdana Menteri Israel mengesahkan bahawa ketua perisik Israel, Encik David Barnea, akan pergi ke Qatar pada 22 Mac untuk bertemu pihak pengantara.

Sementara itu, Israel berkata ia akan meneruskan serangan ke atas hospital Al Shifa di Bandar Gaza untuk beberapa hari lagi.

Menurut penduduk, kereta kebal, tembakan dan api dilihat di hospital tersebut yang merupakan satu-satunya kemudahan perubatan yang berfungsi di utara kawasan itu dan telah diserang selama empat hari.

Israel berkata serangan itu dibuat kerana pejuang Hamas bertahan di kompleks perubatan, sesuatu yang dinafikan Hamas.

Hasil serangan di dalam dan sekitar hospital dalam beberapa hari kebelakangan ini, Israel mendakwa ia telah membunuh 150 pejuang dan menangkap 358 militan Hamas. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >