Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Israel ikrar serang Rafah meskipun hadapi tekanan dunia

Mar 18, 2024 | 02:26 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berikrar pada 17 Mac akan mengerah tentera darat negara itu untuk menyerang Rafah, di selatan Gaza, di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa mengenai nasib rakyat Palestin yang berlindung di situ.


Pemimpin berhaluan kanan itu, yang Kabinet Perangnya dijadual membincangkan usaha terkini antarabangsa ke arah perjanjian gencatan senjata, menegaskan bahawa “tidak ada tekanan antarabangsa yang akan menghalang kami daripada mencapai semua matlamat perang”.

“Untuk melakukan ini, kami juga akan beroperasi di Rafah,” katanya pada mesyuarat Kabinet, sebelum beliau dijadualkan bertemu Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, yang melawat Israel bagi perbincangan mengenai perang yang sedang membara sejak militan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober.

Namun, tentera Israel tidak akan meneruskan pencerobohan yang dirancang ke atas Rafah tanpa orang awam dapat meninggalkan bandar itu.

“Matlamat kami menghapuskan saki-baki batalion Hamas di Rafah adalah seiring dengan langkah membolehkan penduduk awam meninggalkan Rafah,” kata Encik Netanyahu dalam satu sidang media bersama Encik Scholz di Baitulmakdis.

Israel telah berulang kali mengancam akan melancarkan serangan darat terhadap Hamas di Rafah, yang kini menempatkan hampir 1.5 juta penduduk Gaza yang kebanyakannya berlindung berhampiran sempadan Mesir.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, menggesa Israel “atas nama kemanusiaan” supaya tidak melancarkan pencerobohan Rafah, dan memberi amaran bahawa “malapetaka kemanusiaan ini tidak boleh dibiarkan menjadi lebih teruk”.

Washington, yang menyediakan bantuan ketenteraan berbilion dolar kepada Israel, berkata ia tidak boleh menyokong operasi Rafah tanpa “pelan yang boleh dipercayai, boleh dicapai, boleh dilaksana” demi melindungi orang awam.

Ketika ketegangan meningkat dengan Washington, Encik Netanyahu turut mengkritik pemimpin Senat Amerika kerana menggesa pemerintah Israel supaya mengadakan pilihan raya baru, dengan mengatakan komen itu “sangat tidak wajar”.

“Kami bukan republik pisang,” kata Encik Netanyahu kepada CNN, mengecam kenyataan Ketua Majoriti Senat Demokrat, Encik Chuck Schumer.


Encik Schumer, yang melawat Israel selepas 7 Oktober, juga menyifatkan Encik Netanyahu sebagai penghalang keamanan.

Kegagalan Encik Netanyahu membebaskan tebusan yang ditawan Hamas semasa serangan 7 Oktober menyebabkan bantahan meningkat dalam negaranya serta gesaan domestik agar diadakan pilihan raya awal.

Duta antarabangsa merancang untuk bertemu di Qatar tidak lama lagi untuk menghidupkan semula rundingan yang terhenti bagi perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >