Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Desakan diplomatik memuncak susulan perbicaraan aktivis Hong Kong

Dec 19, 2023 | 04:39 PM



HONG KONG: Tekanan antarabangsa memuncak sedang perbicaraan penting berkaitan keselamatan negara di Hong Kong terhadap pengkritik terkemuka China, Jimmy Lai, memasuki hari kedua pada 19 Disember.


Pihak berkuasa Britain pula meminta akses konsular bagi ahli demokrat yang dipenjarakan itu.

Pengasas akhbar prodemokrasi, Apple Daily, yang kini ditutup itu juga adalah salah seorang pengkritik paling terkemuka terhadap kepimpinan Parti Komunis China.


Lai, 76 tahun, berdepan beberapa tuduhan bersubahat dengan pihak asing di bawah undang-undang keselamatan negara yang dikenakan China.

Ia boleh menyebabkan Lai dipenjarakan seumur hidup.

Perbicaraan itu telah menjadi titik tumpuan diplomatik dan ujian utama kebebasan kehakiman hab kewangan, dengan diplomat termasuk mereka dari Amerika Syarikat, Britain, Kesatuan Eropah, Canada dan Australia turut hadir.

Kerajaan Britain dan pemerintah Amerika menggesa agar Lai dibebaskan segera, dengan mengatakan perbicaraan itu bermotifkan politik.

“Kami akan terus mendesak akses konsular bagi Encik Lai,” kata Cik Anne-Marie Trevelyan, Menteri Negara Britain untuk Indo-Pasifik, di Parlimen pada 18 Disember, sambil menegaskan bahawa Lai adalah warganegara Britain.

“Kami tidak dapat menyediakan akses konsular kerana kami tidak dibenarkan melawatnya di penjara,” tambahnya.

Menurut pemerintah Hong Kong dalam satu kenyataan, semua defendan menerima perbicaraan yang adil di bawah undang-undang tempatan, sambil memberi amaran sebarang gangguan “kemungkinan besar” merupakan kesalahan menghina mahkamah atau memesongkan jalan keadilan.

“Sebarang percubaan oleh mana-mana negara, organisasi, atau individu untuk mengganggu prosiding kehakiman... melalui kuasa politik atau media atau apa-apa cara lain, dengan itu mengakibatkan defendan tidak dapat menjalani perbicaraan yang adil yang sepatutnya diterima oleh seseorang, adalah satu tindakan yang tercela,” kata jurucakap pemerintah Hong Kong.

Lai telah menghadapi pelbagai litigasi, termasuk pertuduhan di bawah undang-undang keselamatan negara yang dikenakan China, yang digubal sebagai tindak balas kepada gelombang protes prodemokrasi pada 2019.

Apabila Hong Kong berbalik dari British kepada pemerintahan China pada 1997, Beijing menjanjikan bandar raya itu berautonomi tinggi, termasuk hak bebas bersuara dan membantah.

Pengkritik Barat berkata Beijing telah mengingkari janji-janji itu di tengah-tengah tindakan keras undang-undang keselamatan negara semasa.

Ia telah digunakan untuk menangkap lebih 280 aktivis dan ahli politik prodemokrasi, termasuk Lai.

Bagaimanapun, Beijing berkata undang-undang keselamatan telah membawa kestabilan kepada bandar itu.

Encik Lai dan lain-lain yang terlibat dalam perbicaraan itu, termasuk wartawan kanan di Apple Daily, menghadapi tuduhan bersubahat untuk menerbitkan penerbitan berunsur hasutan.


Beliau juga menghadapi tuduhan pakatan sulit asing, yang termasuk dakwaan menyeru negara, termasuk Amerika, untuk mengenakan sekatan terhadap pemerintah Hong Kong dan China antara Julai 2020 dan Jun 2021.


Encik Lai telah mengaku tidak bersalah, atas semua pertuduhan.


Peguamnya, Encik Robert Pang, setakat ini berusaha untuk membatalkan atau mengehadkan tempoh masa pertuduhan konspirasi hasutan pihak pendakwaan, kerana keperluan di bawah undang-undang tempatan bahawa pertuduhan mesti dibawa dalam tempoh enam bulan dari kesalahan yang didakwa.


“Apa yang tidak boleh dilakukan oleh pihak pendakwaan... ialah duduk di belakang mereka, tidak melakukan apa-apa, dan kemudian dua hingga tiga tahun ke depan, membawa konspirasi untuk melakukan pertuduhan menghasut,” kata Encik Pang.


Pendakwa raya pemerintah, Encik Anthony Chau, bagaimanapun, menyifatkan hujah ini “tidak masuk akal”, dan mengatakan bahawa Encik Lai dan Apple Daily telah menerbitkan sejumlah 161 artikel berunsur hasutan, antara 1 April 2019 dan 24 Jun 2021 – apabila akhbar itu akhirnya ditutup selepas serbuan polis dan pembekuan pada asetnya yang melumpuhkan operasinya.


“Konspirasi secara semula jadi berterusan,” kata Pendakwa Chau memberitahu mahkamah.


Beliau berkata usaha jenayah Encik Lai untuk menerbitkan artikel berunsur hasutan sepanjang tempoh ini, harus dipertimbangkan secara keseluruhan.


Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan kepada 22 Disember, apabila mereka dijangka menyampaikan keputusan mengenai perkara hasutan ini.


Perbicaraan dijangka berlangsung selama 80 hari. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >