Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Detik pilu tsunami melanda Aceh tanggal 26 Dis 2004

Dec 22, 2024 | 5:30 AM
Kampung yang tenggelam terletak dekat pantai di Aceh musnah kesemuanya selepas gempa dan tsunami yang menyusuli.
Kampung yang tenggelam terletak dekat pantai di Aceh musnah kesemuanya selepas gempa dan tsunami yang menyusuli. - Foto fail

Pada pagi 26 Disember 2004, satu tsunami dahsyat telah melanda Aceh akibat salah satu gempa bumi kuat yang menggoncang wilayah tersebut.

Susulan daripada gempa bumi tersebut, ombak setinggi 34 meter dilaporkan berlaku, memusnahkan bangunan serta meragut ribuan nyawa.

Akibatnya, Aceh mengalami kemusnahan yang amat hebat.

Mereka yang terselamat mencari-cari insan tersayang yang dilaporkan hilang. Ada yang ketemu, ada yang tidak.

Bencana tersebut telah meninggalkan parut yang kekal selamanya, menjadi sebahagian daripada sejarahnya.

Penduduk Aceh melangkah perlahan melalui sebuah bandar yang musnah, sekitar empat kilometer dari pantai. Jalan dipenuhi mayat, serpihan runtuhan bangunan, bot-bot nelayan serta sisa lain yang dihanyutkan ombak ke darat.
Penduduk Aceh melangkah perlahan melalui sebuah bandar yang musnah, sekitar empat kilometer dari pantai. Jalan dipenuhi mayat, serpihan runtuhan bangunan, bot-bot nelayan serta sisa lain yang dihanyutkan ombak ke darat. - Foto fail
Hanya sebahagian struktur sebuah masjid yang kekal utuh setelah ombak tsunami melanda kebanyakan kampung di Meulaboh pada masa itu. Gempa bumi paling kuat di dunia dalam tempoh 40 tahun itu telah menyebabkan banjir kilat dan ombak besar melanda Asia Selatan dan Tenggara. Ombak tsunami, yang mampu mencapai ketinggian bangunan yang bertingkat, menghancurkan kawasan pesisir di Indonesia, Thailand, Malaysia, Sri Lanka, India, Bangladesh, Myanmar, dan Maldives dengan kelajuan yang deras pada pagi 26 Disember.
Hanya sebahagian struktur sebuah masjid yang kekal utuh setelah ombak tsunami melanda kebanyakan kampung di Meulaboh pada masa itu. Gempa bumi paling kuat di dunia dalam tempoh 40 tahun itu telah menyebabkan banjir kilat dan ombak besar melanda Asia Selatan dan Tenggara. Ombak tsunami, yang mampu mencapai ketinggian bangunan yang bertingkat, menghancurkan kawasan pesisir di Indonesia, Thailand, Malaysia, Sri Lanka, India, Bangladesh, Myanmar, dan Maldives dengan kelajuan yang deras pada pagi 26 Disember. - Foto fail
Walau ombak menghancurkan rumah, nyawa dan mata pencarian, rakyat Aceh tetap bangkit dan berusaha untuk berdiri teguh.
Walau ombak menghancurkan rumah, nyawa dan mata pencarian, rakyat Aceh tetap bangkit dan berusaha untuk berdiri teguh. - Foto fail
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg