Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Detik remaja diselaputi abu tebal dirakam dalam letusan Marapi

Dec 05, 2023 | 04:09 PM



SUMATERA BARAT: Rakaman ngeri dan mengejutkan, menunjukkan mangsa yang terselamat dari gunung berapi yang terbakar, merayu bantuan selepas terperangkap dalam letusan di Indonesia pada hujung minggu.


Masih diselubungi abu dan jelas kecewa, Cik Zhafirah Zahrim Febrina, 19 tahun, bercakap dalam keadaan terdesak melalui telefonnya dalam klip yang dikongsi oleh keluarganya.

“Mak, tolong Ife,’ katanya merujuk dirinya dengan nama panggilan keluarga. “Inilah keadaan Ife sekarang.”

Gadis remaja itu kini berada di hospital berdekatan bersama bapa dan bapa saudaranya, selepas terperangkap di atas gunung dalam perjalanan mendaki bersama 18 rakan sekolahnya.

“Dia mengalami trauma yang luar biasa,” kata ibunya, Cik Rani Radelani, 39 tahun.

“Dia terjejas secara psikologi kerana dia melihat keadaan dirinya melecur dan dia juga terpaksa menahan kesakitan sepanjang malam,” kata Cik Rani dipetik Mail Online.


Dalam video lain, seorang gadis remaja digambarkan dengan abu tebal dan kotoran di muka, pakaian dan rambutnya.

Mukanya kelihatan berdarah dan suaranya serak. Beliau juga kedengaran bercakap dalam telefonnya.

Mangsa kedengaran menghadapi kesulitan untuk bernafas dan payah untuk menyampaikan mesej mereka kepada orang tersayang.

Sekurang-kurangnya 13 pendaki maut berikutan letusan gunung berapi Marapi di Sumatera pada 3 Disember – dan operasi untuk mencari 10 lagi yang hilang ditangguhkan, kerana kebimbangan keselamatan.

Hampir 75 pendaki yang mendaki gunung setinggi hampir 2,900 meter itu, juga telah terkandas, menurut agensi berita AFP.


Letusan itu mengeluarkan abu panas setinggi 9,843 kaki ke udara.

Pihak berkuasa telah meningkatkan amaran ke tahap kedua tertinggi dan melarang penduduk daripada pergi dalam lingkungan 3 kilometer (km) dari mulut kawah kerana kemungkinan lahar.

Ketika usaha mencari pendaki yang hilang, keluarga Cik Febrina berasa lega kerana beliau antara yang bertuah.

Berita baik tiba dalam bentuk penstriman langsung pada aplikasi video TikTok oleh anggota perkhidmatan menyelamat, di mana Cik Rani melihat anak perempuannya yang kelihatan goyah.

“Rasanya luar biasa, puji Tuhan dia telah ditemui,” kata Cik Rani. “Jika dia meminta saya membenarkannya mendaki gunung, saya akan katakan tidak.”

Cik Febrina dilaporkan merupakan pelajar Politeknik Negeri Padang, yang dikenali sebagai warga Kota Padang.

Seramai 49 pendaki telah dipindahkan dari kawasan itu berikutan letusan yang berlaku pada 2.55 petang waktu tempatan.

Gambar juga menunjukkan kereta dan jalan raya diselubungi abu selepas letupan besar itu.

Kampung dan bandar berdekatan diselubungi debu dan hujan membasahi muka dan rambut pendaki yang dipindahkan, menurut video di media sosial.

“Kami telah mengedarkan pelitup kepada penduduk dan menggalakkan mereka untuk tinggal di dalam rumah mereka,” kata Encik Ade Setiawan, seorang pegawai di unit pengurusan bencana tempatan BPBD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >