Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gunung Merapi di Sumatera meletus, muntah debu setinggi 3km

Dec 3, 2023 | 7:42 PM
MUNTAHAN DEBU: Gambar tangkap layar dari video ini menunjukkan muntahan debu tinggi dari kawah gunung.
MUNTAHAN DEBU: Gambar tangkap layar dari video ini menunjukkan muntahan debu tinggi dari kawah gunung. - Foto FACEBOOK/OMEN NECROFIS

PADANG: Satu gunung berapi di Indonesia barat meletus pada 3 Disember, memuntahkan debu ke paras setinggi 3 kilometer ke langit, kata pegawai.

Debu dari Gunung Merapi, di kepulauan Sumatera dilihat sehingga 3,000 meter di atas puncaknya, menurut Encik Hendra Gunawan, ketua Pusat Pengurusan Gunung Berapi dan Geologi Indonesia.

Beberapa penduduk di kawasan itu juga memuat naik video yang menunjukkan Gunung Merapi ke media sosial.

Tiada sebarang laporan mengenai kerosakan atau kecederaan selepas letusan itu sekitar 2.54 petang.

“Debu tebal dilihat berwarna kelabu dan bergerak ke arah timur. Letusan masih berterusan,” kata Encik Gunawan. 

Gunung berapi itu, yang berdiri setinggi 2,891 meter, pada masa ini dikenakan amaran ketiga tertinggi berdasarkan sistem amaran empat peringkat yang digunakan di Indonesia untuk menentikan tahap bahaya.

Pihak berkuasa telah mengenakan zon pengecualian di sekeliling kawah Merapi

“Masyarakat di sekeliling Gunung Merapi dan pelancong tidak dibenarkan mendaki gunung itu di kawasan tiga kilometer dari kawan, kata Encik AHmad Rifandi, pegawai di balai pengawasan Gunung Merapi. 

Beliau berkata hujan debu dilihat selepas letusan berlaku.

“Hujan debu telah tiba ke kota Bukittinggi,” kata beliau, merujuk kepada kota ketiga terbesar di Sumatera Barat yang mempunyai lebih 100,000 penduduk. 

“Orang yang berada di sekitar Gunung Merapi dinasihatkan supaya memakai topi, kaca mata dan pelitup,” kata beliau lagi. 

Gunung Merapi ialah gunung berapi paling aktif di Sumatera. 

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifi, di mana plat antara benua bergeseran dan menyebabkan gempa dan letusan gunung berapi. 

Pada Mei, Gunung Merapi di Jawa memuntahkan lahar lebih 2 kilometer dari kawahnya.

Indonesia mempunyai hampir 130 gunung berapi yang  masih aktif. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg