Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dharmendra meninggal dunia setelah 6 dekad lakon 300 filem Bollywood

Nov 25, 2025 | 12:57 PM
Dharmendra, Bollywood, meninggal dunia 
Pelakon legenda, Dharmendra Kewal Krishan Deol, membuat penampilan sulungnya dalam dunia filem Bollywood pada 1960. - Foto AFP

NEW DELHI: Dunia perfileman India kehilangan sebutir bintang ikoniknya pada 24 November.

Dharmendra Kewal Krishan Deol, pelakon terkenal yang pernah diberi julukan ‘He-Man’ Bollywood, meninggal dunia pada usia 89 tahun – beberapa hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya pada 8 Disember.

Sepanjang lebih enam dekad, Dharmendra – yang dikatakan mengalami masalah pernafasan namun punca kematian belum ditentukan – bukan sekadar bintang di layar perak, bahkan memiliki daya tarikan.

Lakonannya mampu membuat penonton menangis dan ketawa.

Ia bermula dari kampung kelahirannya di Punjab sebelum beliau ke Bombay.

Beliau membuat penampilan sulung dalam filem, Dil Bhi Tera Hum Bhi Tere, pada 1960. Ia diikuti filem seperti Ayee Milan Ki Bela, Phool Aur Patthar dan Haqqeeqat.

Akhir 1960-an dan 1970-an menyaksikan beliau meraih puncak kegemilangan menerusi filem seperti Ankhen hingga drama romantik Seeta Aur Geeta.

Menjelang pertengahan 1970-an, Dharmendra menjadi pujaan ramai menerusi beberapa filem Bollywood paling ikonik.

Antaranya termasuk Sholay, Jeevan Mrityu, Jugnu, Pratiggya dan Sholay yang kemudian menjadi fenomena budaya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg