Topic followed successfully
Go to BHkuDoktor India terus mogok walau bantahan rogol, bunuh rakan berakhir
Doktor India terus mogok walau bantahan rogol, bunuh rakan berakhir
Doktor India terus mogok walau bantahan rogol, bunuh rakan berakhir
KOLKATA: Beberapa doktor muda India enggan bekerja pada 18 Ogos kerana menuntut keadilan segera bagi rakan sekerja mereka yang dirogol dan dibunuh.
Ini berlaku walaupun mogok yang dianjurkan sebuah persatuan doktor besar telah tamat.
Selain itu, beberapa doktor lain pula mengadakan bantahan jalanan.
Doktor di seluruh India telah mengadakan bantahan, perarakan cahaya lilin dan enggan berjumpa pesakit bukan kecemasan minggu lalu, selepas pembunuhan pelajar possiswazah perubatan berusia 31 tahun itu pada 9 Ogos di bandar timur Kolkata.
Sebagai perpaduan dengan doktor, beribu-ribu orang berarak di jalan raya Kolkata pada 18 Ogos, sambil melaungkan “kami mahukan keadilan,” sedang pihak berkuasa negeri Bengal Barat bertungkus lumus membendung bantahan menentang jenayah ngeri itu.
Aktivis wanita berkata kejadian Maktab Perubatan dan Hospital R. G. Kar Perubatan Kar era British itu menyerlahkan betapa wanita di India terus menderita.
Terdapat undang-undang lebih ketat berikutan jenayah rogol beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar berusia 23 tahun di dalam bas yang sedang bergerak di Delhi pada 2012.
“Anak perempuan saya sudah tiada, tetapi berjuta-juta anak lelaki dan perempuan sekarang bersama saya,” kata bapa mangsa, yang tidak boleh didedahkan identitinya di bawah undang-undang India, memberitahu pemberita pada 17 Ogos.
“Ini memberi saya banyak kekuatan, dan saya rasa kami akan mendapat sesuatu daripadanya.”
India memperkenalkan perubahan besar pada sistem keadilan jenayahnya, termasuk hukuman lebih berat, selepas serangan 2012 itu.
Namun, golongan aktivis berkata tidak banyak telah berubah, dan usaha menghalang keganasan terhadap wanita juga tidak mencukupi.
Seorang sukarelawan polis, yang ditugaskan membantu anggota polis dan keluarga mereka di bahagian kemasukan pesakit ke hospital apabila diperlukan, telah ditangkap dan didakwa atas jenayah itu.
Ibunya berkata dia menyesal tetapi akan menghulurkan apa saja sokongan yang diperlukan anaknya.
“Saya tidak sepatutnya melahirkan anak itu... ia satu kesilapan besar,” kata beliau di rumahnya. – Reuters.

