Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Doktor M’sia gesa henti permintaan dengar bunyi pengeboman

Oct 20, 2023 | 01:56 PM



GAZA: Seorang doktor warga Malaysia yang berada di Jaluran Gaza telah meminta agar warga net henti menghubunginya bagi mendengar bunyi pengeboman di tengah-tengah konflik Israel-Palestin.


Dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Rabu (18/10), Dr Nurul Ain Latif meminta supaya orang ramai bersikap lebih sensitif terhadap keadaan semasa.

“Kamu semua ingat hal ini perkara main-main ke? Kamu semua nak doakan kami semua (terkena) bom?”, jelas beliau.

Beliau menambah situasi bagi penduduk di Jaluran Gaza kini amat mencabar dan tegang.

Oleh demikian, beliau meminta warga senegara untuk bersyukur dengan apa yang ada kerana ia masih aman.

Beliau menjelaskan: “Nikmatilah tidur dan lena... dan nikmati keadaan tenang (di Malaysia).”

Dr Nurul terkandas di Jaluran Gaza bersama suaminya, seorang warga Palestin.

Beliau menggunakan akaun Facebook untuk merakam situasi di kawasan tersebut susulan serangan Hamas – yang disifatkan sebagai kumpulan militan – pada 7 Oktober di Israel yang menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh.

Israel bertindak balas dengan pengeboman udara ke atas Jaluran Gaza, yang diperintah oleh Hamas. Israel berkata ia ingin memusnahkan kumpulan militan itu.

Tindakan tentera Israel telah membunuh hampir 3,800 orang di Gaza.

Awal dari itu pada 13 Oktober, Dr Nurul berkata 14 ahli keluarga dari sebelah suaminya terkorban dalam pengeboman udara di Mawasi Khan Younis oleh Isreal.

Menukil laporan The Straits Times, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menyatakan sebelum ini bahawa ia sedang bekerjasama dengan Filipina untuk memindahkan lima warga Malaysia yang terkandas di Gaza – Dr Nurul serta seorang wanita dan tiga anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >