Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dokumentari dedah pegawai bandar China belanja $28b untuk ‘projek sia-sia’

Jan 09, 2024 | 01:20 PM



BEIJING: Seorang pegawai China yang rasuah memasukkan lebih 150 bilion yuan ($28 bilion) ke dalam buku hutang bandarnya, di salah sebuah wilayah yang paling banyak menggunakan dana di negara itu, menurut satu dokumentari media pemerintah yang mendedahkan usaha antirasuah Beijing.


Encik Li Zaiyong membiarkan bandarnya “meminjam secara membuta tuli” semasa beliau memegang jawatan mengendalikan bandar Liupanshui, di wilayah Guizhou, antara 2013 dan 2017 dengan tidak mengambil kira “kemampuan fiskal sebenar kawasan itu”, kata penyiar pemerintah CCTV, dalam dokumentari yang disiarkan pada 7 Januari.


Encik Li meluluskan 23 projek pembinaan berkaitan pelancongan, yang mana 16 daripadanya kini telah disenaraikan wilayah itu sebagai sama ada tidak cekap atau terbiar, menurut program itu.

Ini termasuk resort ski – lengkap dengan laluan kabel yang dikatakan sebagai terpanjang di Asia. Bandar itu meminjam lebih 3 bilion yuan untuk dibina. Liupanshui sudah mempunyai dua pusat peranginan ski lain, dan mendapat kurang dua bulan salji setahun.

Jumlah hutang yang terkumpul sepanjang tempoh Encik Li memegang jawatan adalah kira-kira bersamaan dengan nilai hasil dalam negeri kasar bandar itu pada 2022.

Pihak berkuasa China telah berulang kali berikrar untuk mengekang hutang pemerintah tempatan dengan penguasa wilayah menghadapi kesulitan membuat pembayaran balik gara-gara membelanjakan secara melulu untuk projek infrastruktur.

Pegawai tertinggi China pada 2023 berikrar untuk “mengoptimumkan struktur hutang pemerintah pusat dan tempatan” pada pertemuan besar yang dihadiri Presiden Xi Jinping, ketika mereka melancarkan pakej untuk membendung risiko hutang tempatan.

“Saya tahu saya akan memegang jawatan lain dalam beberapa tahun dan saya akan pergi,” kata bekas setiausaha Parti Komunis Liupanshui itu kepada CCTV, daripada sel penjara semasa siaran itu. “Sesiapa yang menggantikan saya akan bertanggungjawab (atas hutang),” katanya.


Pihak berkuasa mula menyiasat Encik Li secara rasmi pada Mac 2023, beberapa tahun selepas beliau meninggalkan jawatan itu di Liupanshui, sebuah bandar dengan penduduk kira-kira 3.61 juta orang di wilayah barat daya Guizhou yang merupakan salah satu wilayah paling banyak berhutang di China.

Beliau ditahan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa pada November 2023, menurut laman web Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin (CCDI), badan pemerhati disiplin parti.

Tidak jelas sama ada Encik Li masih disabitkan kesalahan itu.

Dalam kenyataan berasingan, CCDI menuduh Encik Li berbelanja besar untuk “projek sia-sia” dan meminjam dengan cara yang “menyebabkan risiko hutang besar dan merosakkan persekitaran ekologi tempatan”. Agensi itu juga memetik contoh salah laku yang lain termasuk perjudian. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >