Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Heng bincang isu kaitan ekon, kemahiran dalam lawatan ke Britain

Oct 5, 2024 | 8:35 PM
Encik Heng Swee Keat (kiri) bertemu Setiausaha Negara bagi Kesihatan dan Jagaan Sosial Britain, Encik Wes Streeting, untuk bertukar pandangan mengenai cabaran jagaan kesihatan yang biasa dihadapi serta pendekatan yang diambil untuk mengatasinya.
Encik Heng Swee Keat (kiri) bertemu Setiausaha Negara bagi Kesihatan dan Jagaan Sosial Britain, Encik Wes Streeting, untuk bertukar pandangan mengenai cabaran jagaan kesihatan yang biasa dihadapi serta pendekatan yang diambil untuk mengatasinya. - Foto MDDI

Perbincangan mengenai transformasi ekonomi, kerjasama tiga pihak, peningkatan kemahiran dan perumahan awam berjalan rancak antara Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Heng Swee Keat dengan Timbalan Perdana Menteri Britain, Cik Angela Rayner, yang juga Setiausaha Negara bagi Perumahan, Masyarakat, dan Kerajaan Tempatan Britain.

Dalam satu pertemuan makan malam berasingan di London bersama Setiausaha Negara bagi Kesihatan dan Jagaan Sosial Britain, Encik Wes Streeting pula, Encik Heng saling bertukar pandangan bersama Encik Streeting tentang cabaran jagaan kesihatan yang biasa dihadapi serta pendekatan yang diambil untuk mengatasinya.

Sedang masyarakat kededua negara menikmati jangka hayat lebih panjang, wujud peluang untuk mengekalkan kesihatan yang baik lebih lama lagi, sambil menyediakan khidmat bersepadu lebih baik untuk golongan yang memerlukan jagaan.

Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 5 Oktober yang dikeluarkan bagi merumuskan lawatan kerja Encik Heng ke United Kingdom menjelaskan bahawa kededua pemimpin mengesahkan semula kepentingan inovasi dan teknologi dalam membaiki pelaksanaan penjagaan kesihatan di samping mengalu-alukan kerjasama dalam bidang ini.

Menurut MFA, Encik Heng turut menemui Mayor Greater Manchester, Encik Andy Burham, di Manchester untuk bertukar pendapat mengenai bagaimana pemerintah, golongan akademik, sektor kewangan, perindustrian dan bakat dapat bersatu tenaga dalam mengembangkan secara menyerlah dan menyepadukan ekosistem inovasi.

Ekosistem ini, jelas kenyataan itu, membentuk asas penting bagi ekonomi akan datang dan jika dipasangkan dengan laluan pendidikan rencam dan pembangunan kemahiran sepanjang hayat, akan menjana pekerjaan baru dan peluang buat masa depan penduduk kededua negara.

Dalam lawatannya itu, Encik Heng, yang juga Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), turut mengunjungi institusi penyelidikan di London dan Manchester.

Memorandum Persefahaman (MOU) antara Enterprise Singapore dengan InnovateUK serta antara NRF dengan Health Data Research United Kingdom (UK) dan institut rakan kerjasama, akan mendalami lagi kerjasama strategik dan memupuk kerjasama di dalam bidang Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) antara Singapura dengan Britain.

Encik Heng juga bertemu dan berinteraksi dengan warga Singapura yang berpangkalan di UK dalam satu majlis resepsi di London pada 29 September.

Encik Heng berangkat ke Jepun pada 5 Oktober untuk satu lawatan kerja.          

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg