Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerjasama agensi S’pura, institut UK bagi tingkatkan penjagaan kesihatan, sains data

Oct 3, 2024 | 3:08 PM
(dari kiri) Setiausaha Tetap Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan, Profesor Tan Chorh Chuan, Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional, DPM Heng Swee Keat, Pengerusi Penyelidikan Data Kesihatan UK, Cik Julie Moore, dan Pengarah HDR UK, Profesor Andrew Morris, pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di London, pada 2 Oktober.
(dari kiri) Setiausaha Tetap Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan, Profesor Tan Chorh Chuan, Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional, DPM Heng Swee Keat, Pengerusi Penyelidikan Data Kesihatan UK, Cik Julie Moore, dan Pengarah HDR UK, Profesor Andrew Morris, pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di London, pada 2 Oktober. - Foto MDDI

Kemajuan dalam bidang penjagaan kesihatan dan sains data akan diperkasakan dengan pemeteraian perjanjian antara Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) Singapura, dan institut kebangsaan Britain untuk sains data kesihatan, Penyelidikan Data Kesihatan UK (HDR UK).

Kerjasama itu mengukuhkan kedudukan Britain sebagai peneraju dalam sains data kesihatan, dan Singapura sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan yang mentransformasi kesihatan melalui perubatan tepat, atau ‘precise medicine’, kata HDR UK dan NRF dalam satu kenyataan media.

Agensi itu berkata kerjasama tersebut akan menawarkan HDR UK, dan rakan kongsinya di Britain, peluang untuk berkongsi kepakaran mereka di pentas antarabangsa, sambil saling belajar daripada institusi dan rakan kongsi antarabangsa yang utama.

“Bersama-sama, HDR UK dan NRF akan meneroka peluang untuk menggunakan penyelidikan data kesihatan, untuk menangani cabaran penjagaan kesihatan yang mendesak, memastikan manfaat kerjasama ini melangkaui sempadan (negara), memperkukuh sistem penjagaan dan hasil kesihatan di seluruh dunia,” kata mereka.

Kerjasama itu akan tertumpu kepada beberapa bidang, termasuk mempromosikan penggunaan data kesihatan yang selamat dan dipercayai.

Ini dilakukan dengan membangun dan berkongsi amalan terbaik dalam tadbir urus maklumat, selain mengutamakan inisiatif penyelidikan rentas sempadan.

Memorandum persefahaman (MOU) itu ditandatangani di London, pada 2 Oktober, oleh Setiausaha Tetap Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan, Profesor Tan Chorh Chuan dan pengarah HDR UK, Profesor Andrew Morris.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Heng Swee Keat, juga pengerusi NRF, yang sedang dalam lawatan kerja ke Britain.

Profesor Morris berkata, dengan meningkatkan keupayaan HDR UK, ia akan meningkatkan hasil kesihatan, serta membina platform penyelidikan global yang mantap.

“Kerjasama ini menunjukkan dedikasi kolektif kami untuk memanfaatkan potensi besar data kesihatan.

“Ia memastikan bahawa kemajuan bersama kami akan memberikan manfaat yang ketara, di seluruh dunia, menetapkan piawaian baru dalam penyelidikan dan inovasi perubatan,” katanya.

Ketua Eksekutif NRF, Encik John Lim berkata: “Kerjasama ini akan membantu memajukan penggunaan sains data untuk meningkatkan penjagaan kesihatan secara berskala, memberi manfaat kepada Singapura, UK dan negara lain,” kata Encik Lim.

Institusi lain yang terlibat dalam kerjasama itu, termasuk pejabat Kementerian Kesihatan untuk Transformasi Jagaan Kesihatan (MOHT), dan agensi penyelidikan di Singapura, A*Star, Universiti Nottingham, dan Sekolah Perubatan Universiti Swansea di Britain.

Secara kolektif, institusi-institusi ini dapat mengukuhkan keupayaan untuk membina data kesihatan yang berkesan, kata NRF dan HDR UK. 

Pada 30 September, DPM Heng bertemu DPM Britain, Cik Angela Rayner, dan kededuanya menegaskan semula perkongsian strategik antara Singapura dengan Britain.

“Negara kita berkongsi hubungan erat di peringkat rakyat, dan saya gembira dapat berbincang mengenai cara memperkukuh kerjasama dalam bidang seperti sains dan teknologi, bagi memanfaatkan peluang untuk masa depan,” kata DPM Heng di Facebook.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg