Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DPM Wong temu warga SG, anggota SAF di Brunei

Jan 18, 2023 | 11:23 PM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah bertemu dengan Persatuan Singapura dan anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang sedang menetap di Brunei pada Rabu (18 Jan), hari pertama lawatan rasminya ke sana.



Encik Wong berada di situ ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Kewangan (MOF), dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) hingga Khamis.



Dalam catatannya di media sosial, Encik Wong yang juga Menteri Kewangan mengucapkan khabar dari Brunei bersama warga Singapura yang sedang bekerja dan menetap di situ.



Beliau juga berkata: "Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda di Brunei kepada saya dan Menteri Vivian Balakrishnan.



"Saya rasa senang semua diberi peluang berhubung lagi antara satu sama lain," tambahnya sambil memuatnaik beberapa gambar beliau bersama dengan warga Singapura yang ditemuinya.



Ini merupakan lawatan pertama Encik Wong ke negara itu dalam jawatannya sekarang, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.



PMO berkata beliau dijadual mendapat bertemu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah.

 

Beliau juga akan bertemu Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.



Sewaktu lawatan selama dua hari itu, Encik Wong juga akan bertemu Penasihat Khas Sultan dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Pehin Dato Haji Awang Isa, dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dato Dr Awang Haji Mohd Amin Liew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >