Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DPM Zahid: Pilihan raya Malaysia akan berlangsung dalam tempoh 180 hari akan datang

Nov 12, 2017 | 02:08 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa pilihan raya umum Malaysia yang ke-14 akan berlangsung dalam tempoh 180 hari akan datang, lapor laman web Insight Malaysia. 



“Pilihan raya akan berlangsung dalam tempoh 180 hari dari sekarang. 



“Mereka yang mengatakan bahawa pilihan raya akan berlaku lebih lewat daripada itu berada jauh dari realiti,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-46 di Cheras hari ini. 



Menyentuh tentang peluang Gerakan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14, beliau berkata bahawa parti tersebut boleh mencapai kemenangan besar malah mampu merampas Penang dari genggaman pembangkang, Pakatan Harapan, jika anggotanya bekerja keras. 



“Tidak mustahil pendulum (sokongan politik) akan menghayun ke arah yang memanfaatkan Gerakan,” kata Dr Ahmad Zahid. 



Tempoh lima tahun Barisan Nasional akan berakhir pada 24 Jun tahun depan. 



Dr Ahmad Zahid turut menyentuh tentang pemerintah negeri Pulau Pinang, yang diketuai parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP). 



DAP merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan. 



Dr Ahmad Zahid berkata pemerintah negeri Pulau Pinang tidak boleh menafikan tanggungjawab terhadap banjir yang melanda pulau tersebut baru-baru ini. 



Katanya, perancangan bandar dan pemeliharaan alam sekitar yang lebih baik di pulau tersebut dapat mengurangkan teruknya banjir yang berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >