Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua lelaki dituduh di Australia sertai, cuba sertai militan Syria

Nov 03, 2016 | 03:26 PM



SYDNEY: Dua lelaki didakwa pada Khamis (3 Nov) melanggar undang-undang pejuang asing di Australia.



Seorang daripada mereka dituduh menyertai Barisan Al-Nusra di Syria, manakala seorang lagi cuba melakukan perjalanan ke Syria untuk berjuang bersama kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Ini menyusuli satu siri serbuan pagi di seluruh Sydney oleh pasukan Penentangan Pengganasan Gabungan New South Wales.



Penolong pesuruhjaya bagi penentangan pengganasan Polis Persekutuan Australia, ACP Neil Gaughan, berkata siasatan berlarutan kerana mengumpul bukti dari Syria "amat sukar".



"Kami telah menangkap lelaki-lelaki itu secepat yang kami dapat lakukan," katanya, sambil menambah mereka yang pulang dari Syria atau Iraq boleh melakukan tindakan ganas apabila kembali ke Australia.



Mehmet Biber, 24 tahun, didakwa "memasuki negara asing dengan niat terlibat dalam kegiatan bermusuhan". Jika sabit kesalahan itu, dia menghadapi hukuman penjara hingga 20 tahun.



Polis mendakwa dia pergi ke Syria pada Julai 2013 untuk menyertai Al-Nusra, nama kumpulan bekas kerabat Al-Qaeda, Barisan Fateh al-Sham, sebelum pulang ke Australia enam bulan kemudian.



Seorang budak lelaki berusia 17 tahun, yang tidak boleh dinamakan kerana masih remaja, didakwa cuba melakukan perjalanan ke zon konflik dan menggalak orang lain melakukan perkara sama.



Dia boleh boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup.



Permohonan ikat jamin mereka ditolak dan mereka akan hadir semula di mahkamah pada 15 Disember.



ACP Gaughan berkata 110 rakyat Australia dipercayai telah pergi ke Syria atau Iraq untuk melawan bersama kumpulan pengganas itu, dan kira-kira 60 daripada mereka terbunuh.



"Kami masih melihat orang cuba pergi, tetapi jumlahnya telah berkurangan dengan ketara," katanya.



Para pegawai Australia berkata mereka telah menghalang 11 serangan ganas di dalam negeri dalam tempoh dua tahun lalu. Tetapi beberapa serangan berlaku, termasuk pembunuhan seorang pekerja pasukan polis Sydney tahun lepas. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >