Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua lelaki M’sia ditahan atas dakwaan menculik wanita warga asing

Aug 16, 2023 | 12:45 PM
FOTO ILUSTRASI: Lelaki dengan tangan digari di bawa setelah berjaya ditangkap selepas melakukan aksi jenayah.
FOTO ILUSTRASI: Lelaki dengan tangan digari di bawa setelah berjaya ditangkap selepas melakukan aksi jenayah. - Foto ST

KUALA LUMPUR: Dua lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi di Klang, Selangor berikutan cubaan mendapatkan wang tebusan daripada menculik wanita warga asing.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (ACP) A A Anbalagan, berkata kedua-dua suspek berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan pada 1.30 tengah hari pada Jumaat lalu, selepas laporan polis dibuat oleh seorang wanita di Puchong yang memaklumkan dua rakannya telah diculik lelaki tempatan ketika mereka bersiar-siar, lapor The Star.

Beliau berkata wanita yang membuat laporan polis itu menerima gambar melalui aplikasi WeChat pada 10 Ogos yang menunjukkan dua rakannya diikat dan ditutup matanya dan beliau diminta membayar wang tebusan RM20,000 ($5,855) untuk membebaskan mereka.

“Siasatan awal mendapati wanita itu mengenali suspek dari sebuah pusat hiburan di Lembah Klang dan telah menyimpan nombor telefon mereka.

“Polis melakukan operasi di sekitar Klang pada Jumaat dan berjaya menahan kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa malam.

ACP Anbalagan berkata kedua-dua suspek yang menganggur dan berasal dari Selangor mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek juga mengaku beberapa kali melakukan perbuatan itu dan turut dikehendaki polis di daerah lain sekitar Lembah Klang.

Suspek yang ditahan reman dari 11 hingga 16 Ogos, disiasat mengikut Seksyen 365/385 Kanun Keseksaan kerana menculik, tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg