Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pesawat berlanggar di landasan lapangan terbang Jepun

Tiada kecederaan dilaporkan akibat kemalangan di lapangan terbang Haneda di Tokyo
Jun 10, 2023 | 8:30 PM
BERTEMBUNG: Kejadian itu menyebabkan penutupan salah satu daripada empat landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada Sabtu. 
BERTEMBUNG: Kejadian itu menyebabkan penutupan salah satu daripada empat landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada Sabtu.  - Foto REUTERS

TOKYO: Beberapa penerbangan ditangguhkan di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada Sabtu selepas dua pesawat dilihat bertembung di darat berhampiran jalan rayap, lapor penyiar awam NHK, yang memetik Kementerian Pengangkutan Jepun.

Tiada kecederaan dilaporkan, kata NHK. Tetapi, kejadian itu menyebabkan penutupan salah satu daripada empat landasan kapal terbang di lapangan terbang itu sejak kira-kira 11 pagi waktu tempatan (10 pagi waktu Singapura).

Penyiar itu menunjukkan rakaman pesawat Eva Airways dari Taiwan dan Thai Airways di darat.

Sebahagian sayap pesawat Thai Airways kelihatan patah, dan apa yang kelihatan seperti serpihan boleh dilihat berhampiran landasan.

Thai Airways berkata penerbangannya yang menuju ke Bangkok sedang berada di jalan rayap bersiap sedia untuk berlepas apabila sebuah sayap ‘winglet’ - bahagian di hujung sayap kanan pesawatnya - bertembung dengan bahagian belakang pesawat Eva yang juga berada di jalan rayap.

Perlanggaran itu merosakkan sayap pesawat Thailand berkenaan, bermakna ia tidak dapat mengendalikan penerbangan tersebut, kata syarikat penerbangan itu.

Pesawat Airbus A330 itu membawa 250 penumpang dan 14 anak kapal. 

Eva tidak dapat dihubungi Reuters untuk mengulas kejadian serta-merta.

Kementerian Pengangkutan Jepun tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen.

Thai Airways berkata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Jepun sedang menyiasat kejadian itu. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg