Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pesawat kecil bertembung di udara di Arizona, dua terbunuh

Feb 20, 2025 | 3:22 PM
Dua pesawat kecil masing-masing membawa dua orang di dalamnya mereka bertembung sekitar pukul 8.30 pagi berhampiran Lapangan Terbang Marana di Marana, Arizona.
Dua pesawat kecil masing-masing membawa dua orang di dalamnya mereka bertembung sekitar pukul 8.30 pagi berhampiran Lapangan Terbang Marana di Marana, Arizona. - Foto AFP

ARIZONA: Dua orang maut selepas dua pesawat kecil bertembung di udara berhampiran lapangan terbang wilayah di selatan Arizona pada pagi 19 Februari, menurut pegawai yang terlibat.

Pesawat yang terlibat adalah Cessna 172S dan Lancair 360 MK II, masing-masing membawa dua orang ketika kedua-duanya bertembung sekitar jam 8.30 pagi berhampiran Lapanngan Terbang Serantau Marana di Marana, Arizona.

Menurut Kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), selepas pertembungan tersebut, pesawat Lancair terhempas berhampiran landasan dan kemudian terbakar, manakala pesawat Cessna mendarat dengan selamat.

Dua orang yang berada dalam pesawat Lancair disahkan meninggal dunia, manakala dua individu dalam pesawat Cessna tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walaupun identiti mangsa yang terbunuh belum diumumkan, Pengurus Komunikasi Marana, Cik Vic Hathaway, memberitahu bahawa mereka berasal dari luar kawasan tersebut.

Marana Airport adalah sebuah “lapangan terbang tanpa kawalan”, bermakna ia tidak dilengkapi dengan menara kawalan trafik udara yang beroperasi. Sebaliknya, pesawat-pesawat bergantung kepada frekuensi panduan trafik umum untuk mengumumkan kedudukan mereka kepada juruterbang lain.

Cik Hathaway turut memaklumkan bahawa Marana telah didaftarkan dalam program lima tahun oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk membina menara kawalan trafik udara, yang dijangka siap pada akhir 2024.

Namun, projek tersebut mengalami kelewatan akibat pandemik, dan tarikh akhir baru ditetapkan pada penghujung 2029.
“Komuniti kami telah mengemukakan petisyen untuk menara ini kerana kawasan ini sedang berkembang pesat. Lapangan terbang Marana juga digunakan untuk membantu mengurangkan kesesakan trafik udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tucson yang terletak kira-kira 48 kilometer dari sini,” kata Cik Hathaway.

NTSB kini sedang menyiasat kejadian pertembungan pesawat ini, yang berlaku selepas beberapa insiden penerbangan yang lain.

Pada akhir Januari, sebuah helikopter Tentera Amerika bertembung dengan pesawat jet American Airlines di Washington, mengorbankan 67 orang. Sebuah insiden terbaru pula melibatkan pesawat Delta Air Lines yang terbalik semasa pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, tetapi semua penumpang selamat.

“Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya infrastruktur kawalan trafik udara yang lebih baik untuk meningkatkan keselamatan penerbangan di kawasan ini,” ujar Cik Hathaway. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg