Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dulu berumah, kini tinggal dalam kereta

Sep 28, 2023 | 1:58 PM
TEKAD LUNASKAN HUTANG : Pemuda ini tular di media sosial setelah memuat naik gambarnya yang menetap dalam kereta.
TEKAD LUNASKAN HUTANG : Pemuda ini tular di media sosial setelah memuat naik gambarnya yang menetap dalam kereta. - Foto ARIFF PETER
KERETA PERTAMA BERJASA : Encik Ariff bersyukur masih ada kereta pertama untuk tempah berteduh
KERETA PERTAMA BERJASA : Encik Ariff bersyukur masih ada kereta pertama untuk tempah berteduh - Foto ARIFF PETER

Tujuh tahun dulu, beliau seorang pemuda yang “hidup senang” dan mempunyai tempat berteduh – namun dalam sekelip mata, semua kemewahan itu lenyap, apabila pelaburan yang diusahakan dalam perniagaan wang kripto pada 2019 gagal dan beliau mendakwa terpaksa mengembalikan wang kepada pelabur sejumlah RM1 juta ($291.7 juta).

Dengan hanya sebuah kereta proton lama, yang juga pengangkutan pertama yang dimiliknya, Encik Ariff Luqman Peter Lisut, 27, yang berasal dari Sarawak, kini berteduh dan menginap di dalamnya dengan hasrat melunaskan hutangnya sebelum mendapatkan rumah sewa.

Encik Ariff berkata beliau kini bekerja sepenuh masa sebagai ketua pemasaran di sebuah syarikat perunding kewangan dengan gaji RM6,000 sebulan dan menganggarkan dirinya menggunakan 90 peratus gajinya untuk membayar semula hutangnya, dan hidup dengan kos minimal.

Walaupun begitu, beliau tidak sekadar bergantung kepada pekerjaan tetapnya sahaja, sebaliknya turut melakukan kerja sampingan termasuk perkhidmatan pembersihan, selain pemasaran bagi menambah pendapatannya.

Beliau menetpkan sasaran untuk melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin bagi membolehkannya memulakan kehidupan baru.

“Ada juga yang mahu bantu sedia rumah atau bilik sewa tapi saya tolak dengan cara baik kerana lebih selesa tidur dalam kereta bagi memudahkan saya ke tempat kerja dan melakukan kerja sampingan,” katanya.

Encik Ariff mendakwa terpaksa menjual ladang ternakan, rumah, selain kenderaan mewahnya demi melunaskan hutangnya itu.

“Pada tiga bulan pertama memang sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi kini, saya sudah biasa dan selesa asalkan saya boleh tidur dan berlindung daripada hujan serta matahari,” kata Encik Arif yang menggunakan tandas stesen minyak untuk mandi.

Setelah berita tentangnya tular di TikTok, Encik Ariff menegaskan bukan simpati yang diminta atau derma, tetapi beliau sekadar menggunakan media sosial untuk mencari peluang pekerjaan.

“Sebenarnya, niat saya hanya untuk mempromosikan servis saya dan mencari rezeki. Saya tak malu berbuat begitu kerana saya ingin memperbetulkan keadaan,” kata Encik Ariff yang berkebolehan dalam bidang pemasaran dan juga ada bakat dalam menulis lagu.

“Bukan saya sombong kerana tidak mahu pertolongan atau sumbangan tapi sebagai lelaki yang sihat dan selagi ada kekuatan saya mahu berusaha sendiri,” jelas Encik Ariff semasa dihubungi Berita Harian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg