Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dunia kutuk rampasan kuasa tentera di Gabon

Aug 31, 2023 | 12:46 PM



GABON: Masyarakat antarabangsa memberikan reaksi berbaur dan mengutuk rampasan kuasa tentera di Gabon, sambil menyeru supaya segera dipulihkan kestabilan di negara barat Afrika itu.


Penyingkiran Presiden Ali Bongo Ondimba, berlaku selepas beliau diumumkan menang untuk penggal ketiga dalam pilihan raya yang disifatkan oleh pembangkang sebagai ‘penipuan’.

Perancis dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan rampasan kuasa tentera itu, sementara Russia, China dan Kesatuan Eropah (EU) menzahirkan kebimbangan tentang risiko keadaan tidak stabil di rantau itu akan menular selepas beberapa rampasan kuasa berlaku di rantau Sahel, dan yang terkini di Nigeria.

“Perancis mengecam rampasan kuasa tentera yang sedang berlaku di Gabon dan memantau perkembangan di negara itu dengan teliti dan Perancis mengesahkan hasratnya supaya keputusan pilihan raya, setelah diketahui, dihormati,” kata jurucakap pemerintah Perancis, Encik Olivier Veran.

Perancis telah mengekalkan hubungan ekonomi, diplomatik dan ketenteraan yang rapat dengan Gabon, serta mempunyai 400 askar ditempatkan di negara itu yang mengetuai operasi latihan ketenteraan serantau.

Jurucakap keselamatan negara Rumah Putih, Encik John Kirby berkata:

“Ia amat membimbangkan. Kami akan memerhati perkara ini dengan teliti dan kami akan terus melakukan segala yang kami mampu untuk menyokong idea cita-cita demokrasi yang dinyatakan oleh rakyat Afrika.”

Diplomat tertinggi EU, Encik Josep Borrell, berkata situasi di Gabon akan dibincangkan oleh menteri-menteri blok itu minggu ini.

“Jika ini disahkan, ia adalah satu lagi rampasan kuasa tentera, yang meningkatkan ketidakstabilan di seluruh wilayah,” katanya.

Ketua Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Encik Moussa Faki Mahamat, mengecam cubaan rampasan kuasa itu dan menyeru pasukan keselamatan untuk kembali secara aman kepada “perintah perlembagaan demokratik”.

“Beliau menyeru tentera negara dan pasukan keselamatan… untuk menjamin keselamatan peribadi Presiden, ahli keluarganya dan pemerintahnya,” kata jurucakap Encik Mahamat.

China mengikuti perkembangan situasi di Gabon dan menyeru pihak berkaitan di Gabon agar… memulihkan keadaan normal secepat mungkin. Dan juga memastikan keselamatan peribadi Presiden Bongo, mengekalkan keamanan negara, kestabilan, dan pembangunan keseluruhan,” kata Encik Wang Wenbin, jurucakap Kementerian Luar China.

Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, mengecam pengambilalihan di Gabon, kata jurucakapnya.

Encik Guterres “mengutuk dengan tegas percubaan rampasan kuasa yang sedang berlangsung sebagai cara untuk menyelesaikan krisis pascapilihan raya” dan menegaskan “penentangan kuatnya terhadap rampasan kuasa tentera”, kata jurucakap, Encik Stephane Dujarric.

Ketegangan memuncak di Gabon di tengah-tengah kebimbangan berlakunya pergolakan selepas pengundian Presiden, Parlimen dan perundangan, pada Sabtu lalu.

Pilihan raya itu menyaksikan Encik Bongo meneruskan cengkaman keluarganya selama 56 tahun manakala pembangkang mendesak perubahan dilakukan di negara yang kaya dengan minyak dan koko tetapi dibelenggu kemiskinan.

Kekurangan pemerhati antarabangsa dan penggantungan beberapa siaran asing selain keputusan pihak berkuasa untuk memotong perkhidmatan Internet serta mengenakan perintah berkurung pada waktu malam di seluruh negara menimbulkan kebimbangan mengenai ketelusan proses pilihan raya.

Sekumpulan pegawai kanan tentera Gabon muncul di saluran televisyen nasional dan memaklumkan sudah merampas kuasa.

Pengumuman itu dibuat beberapa minit selepas badan pilihan raya negeri mengumumkan Presiden Ali Bongo menang buat penggal ketiga dalam pilihan raya umum negara itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >