Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Duta: China dan India sepadu hadapi tarif AS

Aug 22, 2025 | 12:58 PM
tariff
Duta China, Encik Xu Feihong, berkata negaranya berdiri teguh bersama India untuk menegakkan sistem perdagangan pelbagai hala. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Seorang pegawai China melahirkan perpaduan dengan India berhubung tarif Amerika Syarikat ke atas eksport India, petanda terbaru hubungan hangat antara kedua-dua pesaing Asia itu.

“Amerika telah mengenakan tarif sehingga 50 peratus ke atas India, malah ia telah mengancam lebih banyak lagi. China tegas menentang perkara ini.

“China akan berdiri teguh bersama India untuk menegakkan sistem perdagangan pelbagai hala, dengan Pertubuhan Dagangan Dunia sebagai terasnya,” kata Duta Besar China ke India, Encik Xu Feihong, pada 22 Ogos.

Komen beliau itu dibuat ketika Beijing dan New Delhi mengorak langkah menyesuaikan semula hubungan berlatar belakang ketegangan mereka dengan pentadbiran Presiden Amerika, Encik Donald Trump.

Kedua-dua jiran itu bersetuju meneroka persempadanan semula mereka yang dipertikaikan ketika Menteri Luar China, Encik Wang Yi, melawat India dalam kunjungan pertamanya dalam tiga tahun.

Encik Xu menyatakan demikian semasa acara panel di New Delhi mengenai sidang puncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai yang akan berlangsung akhir Ogos di bandar Tianjin, China.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, dijangka bertemu Presiden China, Encik Xi Jinping, di persidangan tersebut.

Ini adalah lawatan pertamanya ke China dalam tempoh tujuh tahun.

Encik Xu mengkritik Washington kerana menggunakan tarif sebagai “cip tawar-menawar untuk menuntut cukai terlalu tinggi dari pelbagai negara” walaupun meraih manfaat daripada perdagangan bebas.

“Dalam menghadapi tindakan sedemikian, berdiam diri atau bertolak ansur hanya memberanikan pembuli,” katanya dalam ucapan di majlis itu.

Beliau menambah bahawa negara di Dunia Selatan (Global South) “amat bimbang” tentang bagaimana kedua-dua negara Asia boleh bekerjasama dan “memimpin untuk membantu negara membangun mengatasi kesukaran”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg