Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duta China ke PBB gesa dunia bantu Myanmar capai damai

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Dunia perlu terus berusaha mengelakkan lebih banyak keganasan dan juga perang saudara di Myanmar, kata Duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



"Itulah matlamat utama yang perlu ada dalam fikiran kita," kata Encik Zhang Jun kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan PBB selama dua jam.



Beliau berkata, utusan khas PBB yang baru ke Myanmar, Cik Noeleen Heyzer dari Singapura, sudah meminta kebenaran pemerintah junta tentera untuk melawat ke negara itu.



"Kita perlu beri beliau (Noeleen) sedikit masa lagi. Beliau sudah bercakap dengan semua pihak yang berkaitan. Mungkin ada harapan beliau boleh mendapatkannya," kata Encik Zhang.



Junta tentera Myanmar merampas kuasa pada 1 Februari tahun lalu, menggulingkan pemimpin awam, Cik Aung San Suu Kyi.



Junta tentera juga turut melancarkan tindakan keras berdarah terhadap rakyatnya yang melakukan bantahan mengenai rampasan kuasa itu.



Pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkata sejak rampasan kuasa itu, sekurang-kurangnya 1,500 rakyat Myanmar dibunuh oleh pihak tentera, dan dikhuatiri jumlah kematian mereka yang maut dalam konflik bersenjata dan keganasan terus meningkat.



Sementara itu, Timbalan Duta Besar Britain, Encik James Kariuki, berkata utusan khas PBB itu menyatakan hasrat semasa mesyuarat majlis untuk ke Myanmar tidak lama lagi.



"Beliau akan cuba pergi tidak lama lagi tetapi semua syaratnya perlu dipatuhi," katanya.



Sementara itu di Yangon, konflik di Myanmar dilaporkan masih berterusan biarpun hampir setahun rampasan kuasa yang dilakukan junta tentera negara ini berlangsung.



Beberapa hari sebelum ulang tahun pertama rampasan kuasa yang dilakukan, iaitu 1 Februari (Selasa ini), junta mengingatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan kekecohan, membuat bising seperti membunyikan hon atau mengetuk periuk sebagai 'tanda bantahan'.



Mana-mana pihak yang didapati sengaja mencetuskan kekecohan akan didakwa atas kesalahan mengkhianat atau di bawah undang-undang antikeganasan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >