Topic followed successfully
Go to BHkuDuterte akan dibicarakan di ICC, tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan disahkan
Duterte akan dibicarakan di ICC, tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan disahkan
Apr 23, 2026 | 5:34 PM
Duterte akan dibicarakan di ICC, tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan disahkan
Nanette Castillo (kiri), ibu kepada mangsa pembunuhan luar proses kehakiman semasa kempen perang dadah bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte, memberi reaksi selepas menonton siaran Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam satu perhimpunan di sebuah universiti di Quezon City, Metro Manila, Filipina pada 22 April 2026.
ICC di The Hague pada 22 April menolak rayuan Duterte yang mencabar bidang kuasa mahkamah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, termasuk jenayah terhadap kemanusiaan susulan kempen anti-dadah. - Foto EPA
THE HAGUE: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, akan dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas panel hakim mengesahkan tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan kempen “perang terhadap dadah” yang dilaksanakannya.
Dalam kenyataan pada Khamis, 23 April ICC memaklumkan bahawa hakim pra-perbicaraan secara sebulat suara mengesahkan semua pertuduhan terhadap Duterte dan memutuskan beliau perlu dibicarakan.
“Hakim pra-perbicaraan secara sebulat suara mengesahkan semua pertuduhan terhadap Encik Rodrigo Roa Duterte dan memerintahkan beliau dibawa ke perbicaraan,” menurut kenyataan mahkamah.
Laporan berkaitan
Pendakwa Raya ICC: Duterte rangka ‘senarai kematian’ dan megah terhadap pembunuhanFeb 25, 2026 | 12:29 PM

