Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

E-MEL DARI KL

Ramai jangka trend undi di Johor jadi petanda keputusan PRU15 akan datang

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



JOHOR bakal menjadi medan persaingan sengit menentukan hala tuju politik Malaysia.



Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangkakan lewat Februari akan menjadi penanda aras pemulihan pengaruh dan kuasa Umno.



Spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) bertiup kencang sejak kemenangan besar Umno di PRN Melaka November lalu.



Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas Allahyarham Datuk Osman Sapian, Disember lalu, memberi Umno alasan bertindak mengukuhkan kedudukan mereka



Umno hanya mempunyai 14 kerusi DUN dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor. Ia bergantung pada sokongan 11 kerusi daripada Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), 2 daripada Kongres India Malaysia (MIC) dan 1 daripada Parti Islam Se Malaysia (PAS) untuk memerintah, dengan kelebihan hanya satu kerusi.



Anehnya, Pakatan Harapan (PH) yang mencabar mereka dengan 27 kerusi tidak mahu PRN diadakan kerana risiko pandemik Covid-19 yang masih mengancam dan keadaan ekonomi yang merundum.



Namun bagi Umno, ini masa paling tepat kerana momentum kemenangan besar di Melaka dan konflik dalaman yang sedang melanda pihak pembangkang.



Serupa dengan strategi di Melaka, Umno akan bertanding tanpa sokongan Bersatu dan PAS untuk membuktikan kekuatan Barisan Nasional bersama rakan seperjuangan lama mereka MIC dan Persatuan Cina Malaysia (MCA).



Sejak seminggu lalu, banyak pertanda dan serpihan kelemahan parti-parti pembangkang mula kelihatan.



Yang paling mengejutkan ialah keputusan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga pengerusi Bersatu untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi DUN Gambir.



"Saya mahu menumpukan perhatian pada perkara lebih penting di Parlimen dan menguruskan parti di peringkat pusat dan menyampaikan mesej perjuangan kita," kata beliau.



Johor adalah benteng kuat Tan Sri Muhyiddin yang lahir di Muar dan pernah menjadi Menteri Besar selama 11 tahun sewaktu beliau bersama Umno.



Sukar dibayangkan bagaimana Bersatu dapat berjuang di halaman sendiri apabila pemimpin mereka enggan bertanding.



Keretakan pimpinan Bersatu diburukkan lagi apabila Ketua Bersatu Tebrau dan Adun Puteri Wangsa, Encik Mazlan Bujang, melompat parti menyokong Umno.



Beliau mendakwa akan membawa dua orang Adun serta 23 ketua cawangan bersamanya.



Kepimpinan Pas juga dalam dilema dan berbelah bagi.



Apakah ia harus berganding lagi dengan Bersatu setelah kecewa di Melaka?



Beberapa pemimpin muda sedang mencabar kedudukan presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Mereka mahu kembali menyokong Umno dan menghidupkan semula Muafakat Nasional.



Pakatan Harapan (PH) turut dilanda krisis yang pada mulanya dianggap remeh tetapi meledak menjadi krisis identiti dan ego.



Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkeras mahu bertanding menggunakan logo parti sendiri. Sementara rakannya, Parti Demokratik Rakyat (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) mahu menggunakan logo PH.



Langkah PKR itu dikatakan bertujuan menjarakkan parti itu daripada imej PH yang pernah dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.



Ia juga merasakan logo PKR yang digunakan PH pada PRU14 yang membantu mereka membentuk kerajaan pada 2018 lebih mesra diterima rakyat.



Buat kali pertama dalam sejarah, pelaksanaan Undi18 dan kehadiran lebih 175,000 pengundi berusia antara 18 dengan 20 tahun dijangka membawa implikasi besar pada trend pengundian.



Pelibatan mereka disemarakkan lagi dengan penubuhan parti politik baru Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dipimpin anak Johor sendiri, mantan Menteri Belia dan Sukan, Encik Syed Saddiq Abdul Rahman.



Bagaimanapun, persoalan yang menjadi tumpuan semua parti politik ialah sama ada mereka dibenarkan berkempen bertemu rakyat secara fizikal atau terpaksa mematuhi peraturan ketat serupa di PRN Melaka.



Walaupun jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia kini terkawal dan lebih 80 peratus penduduk Johor sudah divaksinasi, ancaman varian Omicron sejak dua bulan lalu perlu diberi pertimbangan.



Negeri Johor tempat lahirnya Umno pada 1946 adalah benteng kuat Barisan Nasional sejak merdeka. Kejatuhan Johor buat kali pertama ke tangan pembangkang pada 2018 adalah tamparan bisa yang perlu dirawat segera.



Demografi penduduk Johor - 60 peratus bumiputera, 33 peratus Cina dan 7 peratus India - mencerminkan demografi penduduk Malaysia.



Ramai penganalisis politik berpendapat trend pengundian PRN Johor besar kemungkinan menjadi petanda apa yang akan berlaku pada PRU15 akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >