Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

BERITA

Ebit Liew saman Caprice, Mondy

Sep 23, 2023 | 03:30 PM



KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew yang terpalit kontroversi berhubung dakwaan gangguan seksual memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan pempengaruh media sosial warga Indonesia, The Mondy Tattoo atau Mondy.


Encik Ebit Lew menerusi hantaran di laman sosial memberitahu, tindakan itu diambil menerusi peguam yang dilantik, Datuk Akberdin Abdul Kader.

“Peguam saya, Datuk Akberdin sudah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi (Jumaat),” tulisnya di Facebook.

Terdahulu, tular di laman sosial satu rakaman video temubual dikendalikan Caprice bersama Mondy yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

Dalam wawancara itu, Mondy mendedahkan dirinya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia ketika kali pertama tiba di negara ini pada tahun ini.

Mondy mendakwa dirinya dipegang, diusap pipi dan cuba dicium pendakwah berkenaan beberapa kali termasuk dalam kenderaan dan di sebuah bilik.

Susulan pendedahan itu, Encik Ebit Lew tampil membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor berhubung fitnah dilemparkan terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat pada 18 September lalu, sebaik Encik Ebit Lew pulang dari Jeddah, Arab Saudi dan beliau sudah dipanggil polis untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintenden Mohd Fairus Jaafar dalam satu kenyataan berkata, polis sudah merakam percakapan Caprice dan Mondy bagi membantu siasatan.

Awal dari itu, polis berkata 13 saksi dipanggil bagi membantu siasatan dakwaan tersebut.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, polis menerima laporan dibuat mangsa yang berasal dari Indonesia, lima hari sebelum Encik Ebit Lew membuat laporan penafian sejurus pulang dari luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >