Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ekonomi digital Indonesia sedang meledak: Menteri

Oct 30, 2023 | 02:12 PM



JAKARTA: Indonesia sedang mengalami ledakan ekonomi digital, kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Encik Sandiaga Uno, pada Sidang Puncak Remaja Ekonomi Kreatif dan Digital Asia (ACE-YS 2023) pada Ahad.


“Kami mungkin menjadi ‘harimau Asia’ yang berkembang pesat dalam ekosistem ekonomi kreatif dan digital,” katanya pada acara di Taman Mini Indonesia Indah (TMII) di Jakarta.

Berdasarkan kajian Google, Temasek, dan Bain & Company, ekonomi digital Indonesia pada 2022 dijangka mencecah AS$77 bilion ($105.36 bilion), atau berkembang 22 peratus dari 2021.

Jumlah itu dijangka meningkat dua kali ganda kepada AS$130 bilion pada 2025.

Kebanyakan pertumbuhan itu didorong oleh e-dagang, tetapi lebih banyak sub-sektor, seperti industri permainan, muzik, filem dan animasi, telah beralih ke alam digital, oleh itu menyumbang kepada ekonomi digital.

Sementara itu, pertumbuhan nilai dagangan kasar (GMV) e-dagang di Indonesia dianggarkan meningkat daripada AS$59 bilion pada 2022 kepada AS$95 bilion pada 2025.

“Bukan e-dagang sahaja, bahkan (dalam ekonomi digital) kita juga melihat pengangkutan (dalam talian), penghantaran makanan dalam talian, perjalanan dalam talian, seperti Traveloka, Tiket.com, dan media dalam talian.

“Jadi, ekonomi digital (Indonesia) secara keseluruhannya dijangka mencecah AS$400 bilion pada 2030,” kata Encik Uno, sebagaimana dipetik oleh agensi berita rasmi Antara.


Beliau berkata Indonesia memerlukan 600,000 bakat digital setiap tahun sepanjang sembilan tahun akan datang.

Namun, pada masa ini hanya 400,000 bakat digital dapat dihasilkan setiap tahun melalui sektor pendidikan.

Encik Uno berkata terdapat jurang 200,000 bakat yang perlu disediakan.

Menurutnya, ini boleh dilakukan dengan menggunakan inovasi, penyelidikan, kecerdasan buatan (AI) dan e-pembelajaran untuk mendidik golongan muda tentang kemahiran dan pengetahuan digital.

“Jika (jurang) tidak diisi, ia akan memperlahankan ekonomi digital kita dan memberi kesan besar kepada sasaran kita untuk menjadi negara maju menjelang 2045,” kata beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >