Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ekonomi Israel susut jauh dari jangkaan akibat perang

Feb 26, 2024 | 05:30 AM



TEL AVIV: Ekonomi Israel merudum jauh daripada jangkaan, berikutan konflik dengan Hamas di Gaza, menurut angka rasmi.


Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) – ukuran utama keadaan ekonomi sesebuah negara – jatuh 19 peratus pada asas tahunan pada suku keempat 2023.

Ia bersamaan dengan kejatuhan 5 peratus, antara Oktober dengan Disember, menurut laporan BBC.


GDP “secara langsung terjejas” oleh tercetusnya konflik pada 7 Oktober, kata Biro Perangkaan Pusat.

Israel dan Hamas telah berperang selepas kumpulan bersenjata Palestin itu melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel dari Gaza – yang paling teruk dalam sejarah Israel.

Lebih 1,400 orang terbunuh, semasa serangan itu.

Hamas, yang dianggap kumpulan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Britain, turut menjadikan lebih 250 orang – lelaki, wanita dan kanak-kanak, sebagai tebusan.

Serangan balas tentera Israel yang menyusul, mengorbankan 29,000 orang di wilayah Palestin, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di sana.

Para pakar berkata, data yang dikeluarkan pada 19 Februari oleh Biro Perangkaan Pusat Israel, adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan.

Anggaran median dalam tinjauan penganalisis Bloomberg adalah untuk kemerosotan tahunan sebanyak 10.5 peratus.


Biro Perangkaan Pusat berkata, perang telah mengekang perbelanjaan, perjalanan dan pelaburan secara mendadak, pada akhir 2023.

Menurut biro itu lagi, perbelanjaan swasta susut 26.3 peratus, eksport jatuh 18.3 peratus dan pelaburan dalam aset tetap, terutama dalam bangunan kediaman menjunam 67.8 peratus.

Sektor pembinaan mengalami kekurangan buruh, disebabkan kerahan tenaga tentera dan kemerosotan pekerja Palestin.

Sementara itu, perbelanjaan pemerintah, terutamanya untuk perbelanjaan perang dan pampasan perniagaan dan isi rumah, melonjak 88.1 peratus.

Walaupun penurunan mendadak dalam GDP antara Oktober dengan Disember, ekonomi Israel meningkat 2 peratus untuk tahun penuh.

Bagaimanapun, sebelum serangan 7 Oktober, ia dijangka berkembang 3.5 peratus.

Pakar ekonomi pasaran baru muncul di Capital Economics, Encik Liam Peach, berkata penguncupan ekonomi Israel adalah “jauh lebih buruk daripada yang dijangkakan, dan ia jelas menunjukkan sejauh mana kesan serangan Hamas dan perang di Gaza”.

Beliau berkata, prospek pertumbuhan negara untuk 2024 “kini kelihatan berkemungkinan mencatatkan salah satu daripada kadar paling lemah dalam rekod”.

Sementara itu, konflik telah menjejas perdagangan.

Pemberontak Houthi yang disokong Iran, telah menyasarkan kapal kargo di Laut Merah yang menuju ke Terusan Suez.

Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, berkata bahawa serangan itu telah mengurangkan pendapatan Terusan Suez antara 40 peratus dengan 50 peratus pada 2024.

Laut Merah ialah salah satu daripada laluan paling penting di dunia untuk kargo – hampir 15 peratus daripada perdagangan laut sejagat biasanya melalui kawasan itu.

Houthi telah melakukan serangan dari pangkalan di Yaman ke atas kapal-kapal yang mereka dakwa milik Israel, atau dikendalikan, atau sedang menuju ke pelabuhan Israel.

Bagaimanapun, pemilik dan pengendali banyak kapal mendakwa mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan Israel.

Amerika Syarikat dan Britain telah melakukan serangan balas terhadap sasaran Houthi di Yaman secara bergilir-gilir.


Tetapi sebelum ini, beberapa syarikat perkapalan terbesar dunia, telah menghalang kapal mereka daripada melalui selat tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >