Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Eksport kurma Saudi naik 14%, cecah $524.3j pada 2023

Mar 02, 2024 | 11:48 AM



RIYADH: Eksport kurma Arab Saudi menyaksikan pertumbuhan ketara 14 peratus dalam nilai eksport kurma pada 2023 mencecah SR1.462 bilion ($524.3juta), meningkat daripada SR1.28 bilion pada 2022.


Ia sekali gus menunjukkan perkembangan mengagumkan dalam urus niaga global kurma Saudi, apabila bilangan negara pengimport kurma negara itu juga meningkat kepada 119, menurut Pusat Sawit dan Kurma Kebangsaan (NCPD) Arab Saudi.

Sejak 2016, jumlah nilai eksport, termasuk produk kurma, melonjak sebanyak 152.5 peratus, daripada SR 579 juta kepada SR 1.462 bilion pada 2023, menunjukkan kadar pertumbuhan purata kompaun (CAGR) yang teguh sebanyak 12.3 peratus.

Ketua Eksekutif NCPD, Dr Mohammed Alnuwairan mengaitkan kejayaan itu hasil usaha kepimpinan, pengeluar kurma, pengeksport dan agensi awam.

Katanya, inisiatif kerjasama itu termasuklah penyertaan dalam pameran tempatan dan antarabangsa, menganjurkan misi perniagaan, memperkemas prosedur eksport, dan pembabitan dalam sektor swasta di bawah strategi padu untuk meningkatkan eksport kurma.

Pasaran eksport untuk kurma Saudi menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa, terutamanya di China dengan eksport ke negara itu melonjak sebanyak 121 peratus pada 2023, berbanding 2022 manakala di Perancis (16 peratus), Singapura dan Korea (masing-masing 86 peratus dan 24 peratus).

Katanya, kejayaan itu disebabkan peningkatan ketara dalam kualiti dan pengeluaran produk kurma yang diproses serta usaha pemasaran tempatan dan antarabangsa.

Dr Alnuwairan juga menekankan objektif tinggi NCPD melalui kerjasama dengan sektor swasta, untuk meletakkan kurma Saudi sebagai pilihan utama pengguna di seluruh dunia.

Katanya, strategi untuk mencapai matlamat ini termasuklah memperluaskan eksport negara kurma dan produk kurma, menambah baik amalan pertanian dan perindustrian untuk kualiti yang lebih baik, menyediakan perkhidmatan pemasaran dan maklumat industri yang penting dan menyokong sektor kurma melalui pelbagai inisiatif. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >