Topik diikuti
Pergi ke BHkuEl-Sayed muncul pemimpin Islam pertama dipilih sebagai Senator AS
El-Sayed muncul pemimpin Islam pertama dipilih sebagai Senator AS
MICHIGAN: Calon Parti Demokrat, Dr Abdul El-Sayed, mencipta sejarah sebagai individu Islam pertama dipilih ke Dewan Senat Amerika Syarikat selepas menewaskan bekas anggota Dewan Perwakilan Republikan, Encik Mike Rogers, dalam pilihan raya sengit di Michigan pada Selasa.
Kemenangan Dr El-Sayed, seorang doktor perubatan dan bekas pegawai kesihatan awam, membolehkan Demokrat mengekalkan kerusi penting itu.
Beliau turut berjaya mengatasi serangan politik dan tuduhan yang mengaitkannya dengan fahaman ekstremisme sepanjang kempen pilihan raya.
Kemenangan itu lebih bermakna kerana Michigan antara negeri yang dimenangi Presiden Donald Trump dengan kelebihan tipis dalam pilihan raya presiden 2024.
Dr El-Sayed bakal menjadi individu Islam pertama berkhidmat di Dewan Senat Amerika apabila Kongres baharu memulakan persidangan pada Januari depan.
Beliau bertanding bagi mengisi kerusi yang dikosongkan Senator Demokrat, Encik Gary Peters, yang akan bersara.
Kemenangan bersejarah itu dicapai selepas kempen sengit yang dicemari pelbagai kontroversi, termasuk serangan terhadap agama Islam dan pendirian politiknya. – Agensi berita