Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Elon Musk jangka kemelesetan ekonomi berlarutan hingga 2024

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Encik Elon Musk, berkata beliau menjangkakan kemelesetan ekonomi akan berlarutan hingga musim bunga tahun 2024 (antara Mac dengan Mei), selepas berkata 'kemelesetan' di China dan Eropah meletakkan tekanan ke atas permintaan bagi kereta elektriknya.



"Hanya satu tekaan, tetapi mungkin sehingga musim bunga 2024," menurut Encik Musk menerusi catatan Twitter selepas seorang pengguna bertanya berapa lama kemelesetan dijangkakan.



Bagaimanapun, tidak jelas sekiranya Encik Musk sedang berbicara mengenai kemelesetan global atau ia adalah tambahan kepada komen dibuatnya mengenai China dan Eropah Rabu lalu.



Saham Tesla susut 6.6 peratus dan ditutup pada nilai AS$207.28 ($292) kelmarin, sehari selepas Encik Musk memberitahu penganalisis dalam satu panggilan telefon bahawa kelemahan di China dan Eropah mengakibatkan permintaan 'lebih sukar daripada biasa'.



Encik Musk berkata beliau mempunyai 'firasat tidak baik' mengenai ekonomi dan Tesla perlu memberhentikan sekitar 10 peratus kakitangannya, menurut e-mel yang dilihat oleh Reuters Jun lalu.



Namun, beliau berkata ia hanya tertakluk kepada kakitangan bergaji.



Saham Tesla kerugian lebih satu pertiga nilainya setakat tahun ini.



Ia menjunam sebanyak sembilan peratus dan mencecah paras terendah dalam 16 bulan kelmarin.



Bilionair itu sebelum ini memberitahu kakitangan supaya kembali ke tempat kerja atau meletakkan jawatan, sekali gus menambah kepada meningkatnya amaran dalam kalangan pemimpin perniagaan mengenai risiko kemelesetan.



Hampir 100,000 orang diambil bekerja di Tesla dan anak-anak syarikatnya setakat akhir 2021, demikian menurut makluman tahunan SEC.



Tinjauan suram Encik Musk itu menyusuli kenyataan serupa daripada beberapa eksekutif termasuk CEO JPMorgan Chase & Co, Encik Jamie Dimon dan Presiden Goldman Sachs, Encik John Waldron.



Inflasi di Amerika Syarikat berada pada paras tertinggi 40 tahun dan menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat, manakala Rizab Persekutuan berdepan tugas sukar meredakan permintaan dengan secukupnya untuk membendung inflasi sambil tidak mencetuskan kemelesetan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >