Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat cedera ditikam dalam serangan di Sydney

Aug 25, 2024 | 3:42 PM
Menurut polis Australia, empat orang cedera selepas satu kemalangan jalan raya dan insiden tikaman di Engadine, di selatan Sydney.
Menurut polis Australia, empat orang cedera selepas satu kemalangan jalan raya dan insiden tikaman di Engadine, di selatan Sydney. - Foto REUTERS

SYDNEY: Empat orang, termasuk seorang pegawai polis, cedera ditikam dalam kejadian serangan di Sydney, berikutan satu kemalangan jalan raya di Engadine, di selatan bandar Sydney.

Insiden tersebut adalah yang terbaru dalam siri serangan tikaman di Sydney pada 2024, menurut Polis Australia pada 25 Ogos.

Tiada mangsa yang terbunuh dalam serangan itu.

Dalam laporan lain, polis menyatakan seorang pegawai yang bertindak terhadap laporan kemalangan dua kereta di Engadine pada pagi 25 Ogos, menemui seorang lelaki yang disyaki dengan kesan tikaman dikatakan berlari dari tempat kejadian.

Lelaki itu kemudian ditangkap polis yang menggunakan alat renjat atau ‘taser’, menurut polis dalam satu kenyataan.

Menteri bagi Polis New South Wales, Cik Yasmin Catley, berkata tiada sebarang ancaman berterusan kepada masyarakat di Sydney, yang mempunyai sekitar lima juta penduduk.

Seorang saksi kejadian berkata beliau terdengar jeritan dari salah satu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, menurut laporan Xinhua.

Beliau kemudian melihat lelaki dalam kereta itu yang bertengkar dengan pasangannya, “menetaknya, mengelar lehernya, buah dadanya, melintasi perut...”.

Beliau dan seorang lagi pemerhati berjaya membantu wanita itu keluar dari kereta dan melindunginya.

Satu rakaman udara tempat kejadian itu oleh Perbadanan Penyiaran Australia menunjukkan satu kemalangan di sebuah simpang jalan raya melibatkan dua kereta, dengan kawasan itu dikepung dengan pita polis. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg