Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat maut bot karam di sungai di Bangladesh

Jul 17, 2023 | 1:28 PM
NAHAS BOT KARAM: Anggota pasukan penyelamat menjalankan operasi menyelamat selepas sebuah bot yang membawa 20 penumpang karam di sungai Buringanga dekat Dhaka pada Ahad.
NAHAS BOT KARAM: Anggota pasukan penyelamat menjalankan operasi menyelamat selepas sebuah bot yang membawa 20 penumpang karam di sungai Buringanga dekat Dhaka pada Ahad. - Foto REUTERS

DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang mati lemas apabila sebuah bot yang membawa 20 penumpang karam di sungai Buriganga, dekat ibu kota Dhaka, pada Ahad, kata seorang pegawai perkhidmatan bomba, Encik Anwarul Islam, di sini.

Kebanyakan penumpang bot itu dipercayai dapat berenang ke tepian, setelah bot tersebut karam ketika hampir tiba ditepi, menurut beliau.

Mayat empat orang itu telah ditemui, dan operasi menyelamat masih lagi diteruskan, kata seorang pegawai polis, Encik Sahabuddin Kabir, kepada agensi berita Reuters.

Tujuh orang telah dapat diselamatkan dan dikejarkan ke hospital, kata polis lagi.

Ratusan orang menyaksikan nahas itu sedang anggota pasukan penyelamat menggunakan beberapa bot menyusur kawasan sungai itu dengan menggunakan lampu suluh, menurut saksi. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg