Topic followed successfully
Go to BHkuEmpat pegawai tentera Indonesia didakwa terlibat serangan asid terhadap aktivis
Empat pegawai tentera Indonesia didakwa terlibat serangan asid terhadap aktivis
14 lagi individu dipercayai punya kaitan dengan serangan
Apr 29, 2026 | 1:26 PM
Empat pegawai tentera Indonesia didakwa terlibat serangan asid terhadap aktivis
Anggota perisikan tentera, Sami Lakka, Nandala Dwi Prasetyo, Budhi Hariyanto Widhi dan Edi Sudarko, diiringi polis tentera ketika memasuki bilik perbicaraan di mahkamah tentera di Jakarta, pada 29 April atas dakwaan terlibat dalam serangan asid terhadap aktivis hak asasi manusia. - Foto EPA
JAKARTA: Pendakwa tentera Indonesia pada 29 April mendakwa empat pegawai tentera atas dakwaan terlibat dalam serangan asid terhadap seorang aktivis hak asasi manusia yang lantang mengkritik peluasan peranan tentera dalam pentadbiran awam.
Empat pegawai itu berdepan pertuduhan melakukan serangan berat secara terancang mengikut Kanun Jenayah Indonesia, yang membawa hukuman maksimum penjara 12 tahun jika sabit kesalahan, menurut dokumen mahkamah.
Laporan berkaitan
Pegawai kanan tentera Indonesia letak jawatan susulan serangan asid terhadap aktivisMar 26, 2026 | 3:46 PM
Kes serangan asid aktivis: Selepas sebulan siasatan masih berjalanApr 20, 2026 | 5:30 AM

