Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat suspek serangan berdarah di dewan konsert Moscow ditahan

Mar 25, 2024 | 04:05 PM



MOSCOW: Empat lelaki yang dituduh terlibat dalam serangan dewan konsert Moscow, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 137 orang, didakwa di bawah tuduhan pengganasan pada Ahad, 24 Mac, dan telah diarah ditahan sementara menunggu perbicaraan.


Keempat-empat mereka menghadapi kemungkinan dihukum penjara seumur hidup, kata satu kenyataan dari mahkamah daerah Basmanny, Moscow.

Mahkamah Daerah Basmanny secara rasmi mendakwa Dalerdzhon Mirzoyev, 32 tahun; Saidakrami Rachabalizoda, 30 tahun; Mukhammadsobir Faizov, 19 tahun; dan Shamsidin Faridun, 25 tahun, di atas kesalahan menjalankan serangan pengganas berkumpulan sehingga menyebabkan kematian orang awam. Kesalahan itu membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Keempat-empat suspek berkenaan diperintahkan ditahan sehingga 22 Mei tetapi ia boleh dilanjutkan bergantung pada tarikh perbicaraan yang akan ditetapkan nanti.

Mahkamah berkata, dua daripada defendan telah mengaku bersalah, seorang daripada mereka asal Tajikistan “mengakui sepenuhnya kesalahannya”, kata kenyataan itu. Para pegawai telah pun berkata kumpulan bersenjata itu semuanya warga asing.

Media Russia melaporkan kesemua suspek telah diseksa semasa soal siasat oleh perkhidmatan keselamatan, dengan Mirzoyev, Rachabalizoda dan Fariduni menunjukkan tanda-tanda lebam yang ketara termasuk muka yang bengkak.

Pegawai Russia berkata mereka telah menahan 11 orang berhubung serangan pada malam Jumaat di Dewan Bandaraya Crocus, di pinggir bandar utara Moscow, Krasnogorsk.

Mereka yang ditahan itu termasuk empat yang dipercayai menjalankan serangan berdarah itu.

Mahkamah mengeluarkan rakaman yang menunjukkan tiga suspek dibawa ke bilik mahkamah dengan tangan digari oleh anggota polis. Mereka duduk di dalam sel berdinding kaca yang dikhaskan untuk defendan. Lelaki keempat tiba dengan berkerusi roda dan matanya tertutup.

Salah seorang defendan telah berbalut sebelah telinganya, seperti dalam video awal penahanan mereka pada 23 Mac apabila tiga daripada mereka tampil dengan muka yang mempunyai kesan berdarah.

Walaupun kumpulan IS telah mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, membayangkan penglibatan Kyiv apabila beliau berkata pada 23 Mac bahawa mereka telah ditangkap ketika cuba melarikan diri ke Ukraine.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dan Amerika Syarikat telah menolak sebarang kemungkinan penglibatan Kyiv dalam kejadian keganasan itu.

Serangan itu adalah yang paling berdarah yang melanda Russia sejak awal tahun 2000.

Penyerang lengkap bersenjata api dan alat pembakar telah melepaskan tembakan secara rambang di kompleks Crocus City – rumah kepada dewan muzik dan pusat beli-belah yang popular – pada malam Jumaat.

Semasa kejadian, orang ramai masih bergerak masuk tetapi auditorium sudah sesak dengan pengunjung menjelang konsert oleh kumpulan Picnic.

Kira-kira 6,500 tiket dilaporkan telah dijual untuk persembahan itu. Hiburan semalaman yang dijangkakan dengan tarian mengikut rentak muzik rok itu kemudian berubah menjadi huru-hara.

Pasukan SWAT telah dikerahkan ke kawasan itu, dan lebih 70 pasukan ambulans dan doktor telah membantu mangsa. Kebakaran besar di Crocus City menyebabkan sebahagian bumbung dewan itu runtuh.

Hampir 500 kakitangan dikerah untuk membongkar runtuhan di tempat kejadian, kata Kementerian Kecemasan Russia.

Akhbar Metro di UK melaporkan kumpulan pengganas Daesh atau ISIS mengaku bertanggungjawab dalam serangan di Dewan Bandaraya Crocus itu. Daesh mempunyai alasan kukuh untuk menyerang Russia, yang pernah campur tangan untuk menentangnya ketika perang saudara Syria pada 2015.


Malah, penganalisis keselamatan berkata dakwaan Daesh bahawa ia telah melancarkan serangan itu adalah munasabah kerana ia mirip dengan corak serangannya pada masa lalu.

Encik Putin telah memimpin upacara peringatan di serata Russia sedang negara itu menetapkan satu hari untuk seluruh rakyat berkabung. Bendera negara itu juga telah dikibarkan separuh tiang sementara acara-acara kebudayaan di serata negara dibatalkan dengan Encik Putin menyifatkan tembakan itu sebagai “serangan pengganas yang berdarah dan biadab”.

Serangan tersebut berlaku dua minggu selepas Amerika berkongsi maklumat risikan dengan pegawai keselamatan Russia mengenai rancangan serangan di Moscow yang didakwa didalangi kumpulan pelampau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >